suria

[VIDEO] Caprice bimbang isteri kena ganggu tengah malam, tuntut Najib minta maaf sebelum buat repot polis

Ariz dedah mesej individu yang menganggu isterinya.

PENYANYI rap Ariz Ramli atau Caprice berang dan kurang senang apabila isterinya iaitu Farra Inalis diganggu seorang lelaki pada tengah malam.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Caprice, 34, mendedahkan paparan skrin mesej individu tersebut yang memuji gambar selfie atau swafoto isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ariz Ramli pelik netizen sanggup buang masa tulis komen negatif - “Mulut lelaki pun kalah perempuan”

Oleh yang demikian, dia memberi tempoh selama 24 jam untuk individu itu mencarinya dan memohon maaf secara bersemuka.

"Mesej isteri saya pada tengah malam ‘I like your selfies’. Anda sangat bodoh ke? Pertama sekali, kalau anda nak benci saya, benci saya seorang saja.

"Tapi bila awak mula kacau isteri dan anak saya, atau hubungi isteri saya waktu malam, itu dah melangkaui batas kehidupan peribadi saya sebab kita dah mula fikir, tentang dia punya keselamatan.

"Keselamatan isteri dan anak saya. Jadi, Najib... awak ada masa 24 jam untuk cari Caprice dan mohon maaf depan-depan.

"Pertama kali awak mesej isteri saya, kita fikir mungkin mamat ini gila dan kita beri amaran, jangan kacau isteri saya. Tapi tidak, hari ini dia mesej isteri saya dan jangan main gila terutama melibatkan keluarga," tegas Caprice.

Pertama sekali saya fikir macam mana keselamatan mereka.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Dalam pada itu, menerusi ruang komen di perkongsian itu, Ariz memberitahu individu tersebut mendapat nombor telefon isterinya ketika wanita itu bekerja menjual produk rumah.

"Perniagaan Elis dulu jual Coway, jadi nombor itu ada dekat beberapa pages. Sekarang digunakan untuk jual produk dia juga," balas Ariz kepada netizen yang bertanya.

Caprice

Ariz bimbang keselamatan isteri dan anak.

Sementara itu, Ariz juga menjelaskan tujuan dia mendedahkan perkara itu disebabkan bimbang dengan keselamatan isteri dan anaknya serta merancang untuk membuat laporan polis.

"Dia sudah melangkaui batas. Pertama sekali saya fikir macam mana keselamatan mereka... takkan nak pasang boduyguard untuk isteri dan anak pula. Tak sangka ada orang macam ini,

"Isteri saya akan buat laporan polis," katanya.

Untuk rekod, Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu iaitu Farra pada November tahun lalu.

Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain