SELEPAS lima hari berdiam diri, pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akhirnya tampil membuka mulut berhubung kontroversi video cium mulut anaknya iaitu pelakon Syafi Tee. Ridhuan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian buat dia dan anaknya yang baharu menceburi industri seni. "Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya, hamba Allah yang hina. Tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua enam orang anak saya. Selebihnya saya berserah... saya pasrah. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ridhuan Tee cium, peluk kekasih? Netizen syak Syafi Tee ARTIKEL BERKAITAN: Istilah ‘macam abang’ bukan tiket untuk berpeluk, Ridhuan Tee tegur Yazmin Aziz dan Danial Chuer jaga adab... Siap nasihat ganti solat "Syafi, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam lebih 30 tahun dahulu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan. "Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini," jelas beliau. Jumaat lalu tular satu video seorang lelaki yang didakwa sebagai Syafi bercium dengan kekasihnya hingga menerima kecaman hebat netizen. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH PENDAKWAH BEBAS Tahun lalu, nama Syafi turut menjadi kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular. Sementara itu Ridhuan berkata, kejadian yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menegur mana-mana artis yang melakukan kesalahan. "Ambil iktibar apa yang berlaku di Indonesia, ada segelintir ulama dan ilmuan berdiam diri, tidak menegur kehidupan artis, akhirnya ramai artis tersasar. Apakah kita mahu itu juga berlaku kepada artis-artis kita? Syafi menerima kecaman hebat selepas video bercium tular. "Kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri. Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tidak kira siapa. "Kehidupan ini adalah ujian. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya” katanya. Untuk rekod, Ridhuan antara seorang pendakwah yang sering memberi komen terbuka berkaitan dunia hiburan termasuk kontroversi melibatkan video aksi panas pelakon Zul Ariffin dan gambar Yazmin Aziz berpelukan dengan Danial Chuer. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI