suria

Tak pernah kongsi foto ‘sweet’ dengan Amelia Henderson selepas melamar, ini komen Aedy Ashraf

Aedy lebih senang simpan kisah peribadi.

JARANG berkongsi kisah cinta bersama kekasihnya, Amelia Henderson, pelakon Aedy Ashraf mengakui dia seorang yang terlalu menjaga privasi.

Kata Aedy atau nama sebenarnya Addy Ashraf Rosmadi, 29, berkata, perjalanan percintaannya akan lebih bermakna tanpa pengetahuan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas melamar atas pentas depan peminat, Aedy Ashraf tutup mulut kisah cinta dengan Amelia Henderson

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf melutut lamar Amelia Henderson depan orang ramai, dua tahun ambil masa sebelum luah perasaan

Bagaimanapun, mengulas tindakannya melamar Amelia secara terbuka pada Mac lalu, Aedy berkata, ia dilakukan secara spontan dan bukan gimik.

“Sejak dahulu lagi saya sudah biasa jadikan kisah peribadi sebagai suatu yang private. Malah di Instagram juga saya jarang berkongsi.

“Kisah hidup sendiri akan jadi lebih bermakna jika tidak terlalu dedahkan kepada orang ramai.

“Tentang tindakan melamar itu, sebenarnya saya pun terkejut dengan keberanian diri sendiri.

Tentang tindakan melamar itu, sebenarnya saya pun terkejut dengan keberanian diri sendiri

AEDY ASHRAF

PELAKON

“Ia bukan sesuatu yang dirancang dan bukan sengaja mahu cipta gimik,” katanya kepada mStar.

Aedy ditemui ketika sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul War On Terror yang diadakan di Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, Aedy memberitahu jadual hariannya terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri mahupun keluar bersama kekasih.

Dia yang sudah mula berlakon sejak usia tujuh tahun menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dan sanggup melepaskan nikmat waktu muda.

“Jujur kehidupan saya memang tak seimbang. Saya lebih utamakan kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Malah waktu bersama keluarga juga terpaksa dikorbankan.

“Nak keluar dating pun tiada masa. Amelia juga sibuk dengan kerja. Mungkin sebab itu kami serasi kerana masing-masing faham dengan tanggungjawab,” ujarnya.

aedy 2

Aedy pertama kali bawa watak sebagai anggota polis dalam War On Terror.

Berkongsi tentang filem War On Terror, Aedy berkata, dia bakal membawa watak sebagai anggota polis.

“Melakonkan watak sebegini memberi satu tekanan yang baik buat saya. Ia adalah tanggungjawab besar dan cabaran yang saya berani ambil.

“Saya menjalani rutin pemakanan seimbang supaya mendapatkan bentuk badan yang sesuai. Saya mahu berikan imej terbaik sebagai anggota polis dan untuk filem ini.

“Mana-mana pelakon pun pasti mengidamkan untuk bawa watak aksi. Syukur impian saya jadi kenyataan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain