suria

Mengaku kuat cemburu, Amira Othman tak mahu pilih pelakon sebagai suami

Amira sasar berkahwin tahun hadapan.

PERNAH meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 27 tahun, penyanyi Amira Othman terpaksa akur jodoh yang diharapkan masih belum sampai buatnya.

Amira, 29, berkata, dia masih berdoa agar dapat menamatkan zaman bujang secepat mungkin jika bertemu calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

“Niat dihati hendak berkahwin sebelum usia masuk 30 tahun, tetapi buat masa sekarang belum ada sebarang perancangan ke arah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat nak kahwin umur 27 tahun, Amira Othman nak ada kekasih tahun depan

“Calon pun belum ada. Jika sudah bertemu seseorang pasti saya akan kongsikan nanti.

“Soalan tentang jodoh memang sering ditanyakan. Tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang ini masanya belum tiba,” katanya.

Sementara itu, Amira memberitahu dia mahu memilih seorang lelaki yang bukan dalam kalangan anak seni terutamanya pelakon.

Akui mempunyai sikap kuat cemburu, Amira bimbang dia tidak boleh melihat pasangannya nanti bercinta dengan mana-mana wanita lain walau hanya sekadar lakonan.

Soalan tentang jodoh memang sering ditanyakan. Tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang ini masanya belum tiba

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

“Saya tidaklah menetapkan sebarang syarat atau kriteria tentang calon pilihan, tetapi kalau boleh dia bukanlah seorang anak seni.

“Saya seorang yang kuat cemburu, jadi susah kalau dapat pasangan pelakon,” ujarnya.

Bercakap tentang perjalanan kerjaya, Amira akui namanya kurang menyerlah walau sudah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ke-10 ini berharap dia dapat diberikan karya-karya baharu yang betul-betul boleh menaikkan nama sebagai seorang penyanyi.

amira othman 2

Amira dan Faizal bergabung dalam lagu Alah Bisa.

“Saya rasa belum mendapat lagu yang betul-betul menjadi sehingga menyebabkan nama saya tidak menyerlah.

“Mungkin lagu-lagu yang dikeluarkan sebelum ini kurang mendapat sambutan dan tidak seperti lagu Hati Hati yang berjaya memikat hati pendengar,” jelasnya.

Terbaharu, Amira tampil dengan lagu duet bersama Faizal Tahir berjudul Alah Bisa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain