suria

Yasin Sulaiman ubah hidup Faizal Tahir, lebih bersemangat dalami al-Quran... Sudah cuba hubungi beberapa kali tapi tidak berjaya

Faizal harap terus beri sokongan buat Yasin.

MAHU memberikan sokongan moral kepada Yasin Sulaiman, penyanyi Faizal Tahir memberitahu dia ada cuba menghubungi rakannya itu namun usaha tersebut tidak berjaya.

Menurut Faizal, 44, sebagai sahabat dia turut bersedih dengan apa yang berlaku dan berharap penyanyi serta komposer itu mendapat pengadilan sewajarnya.

"Pastinya saya sedih melihat keadaan yang menimpa Yasin sekarang ini. Saya cuba berhubung dengan dia selepas ditangkap termasuk mencari peguamnya namun tidak berjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman kerap kena gangguan bipolar ketika sibuk kerja, berubah jadi banyak cakap - Syah Brothers

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun pernah tengok Yasin Sulaiman mengamuk di studio, berulang kali minta maaf bila berjumpa

"Dalam waktu sebegini Yasin amat memerlukan sokongan rakan-rakan.

"Bagi saya hukuman yang mungkin dikenakan terhadap Yasin tidak masuk akal. Lihatlah dahulu latar belakang seseorang itu dan kenapa dia melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Bercakap tentang sahabatnya itu, Faizal memberitahu Yasin adalah antara individu yang mengubah dirinya ke arah lebih baik selain memberi semangat untuk mendalami al-Quran.

Dia memiliki hati yang bersih, tidak pernah buruk sangka dan suka menolong orang. Saya percaya ramai lagi yang berubah disebabkan Yasin

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

Tambah Faizal, Yasin juga disifatkan sebagai seorang yang memiliki hati bersih dan banyak membantu orang lain.

"Sepanjang kami bersahabat, banyak yang saya belajar daripada dia. Bukan sahaja mendalami al Quran, kami juga sering berkongsi tentang kehidupan. Dia seorang yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan.

"Dia memiliki hati yang bersih, tidak pernah buruk sangka dan suka menolong orang. Saya percaya ramai lagi yang berubah disebabkan Yasin," ujarnya.

Pada 18 Mei lalu, Mahkamah Seksyen menetapkan 22 Jun ini bagi sebutan semula kes Yasin berhubung pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja).

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia.

yasin sulaiman

Yasin boleh berdepan hukuman gantung jika disabitkan kesalahan.

Pada 31 Mac, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman,47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam kanabis (ganja).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Faizal Tahir, Yasin Sulaiman

Artikel Lain