suria

Jasmin Hamid masuk CCU akibat serangan jantung

Suami maklumkan Jasmin kini berada di CCU.

PELAKON Jasmin Hamid kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) sebuah pusat perubatan akibat serangan jantung.

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suami kepada aktres itu iaitu Nazmir Abd Rahim yang membuat satu hantaran di laman Instagram milik Jasmin pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid minta netizen jaga adab, tersinggung baca komen macam ibu dan anak... Sudah rezeki bersuami muda

"Sekarang dia berada CCU kerana serangan jantung semalam (Selasa)," tulisnya.

Nazmir turut memaklumkan pelakon usia 48 tahun itu mempunyai sejarah penyakit jantung dalam kalangan keluarga.

Keluarga dia ada sejarah sakit jantung

NAZMIR ABD RAHIM

Tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung.

"Keluarga dia ada sejarah sakit jantung.

"Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung.

jasmin 2

Jasmin bersama suami dan anak-anak ketika majlis pernikahan.

"Mohon panjatkan doa untuk panjangkan usianya dan diberikan kesembuahn seperti biasa," ujarnya.

mStar cuba menghubungi wakil keluarga Jasmin namun tiada sebarang jawapan.

Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jasmin Hamid, Jasmin Hamid Sakit

Artikel Lain