KEMELUT antara Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberi kesan besar kepada kerjaya pelawak itu apabila dia tidak menerima banyak tawaran kerja dan ada antaranya dibatalkan pada saat-saat akhir. Ali, 33, yang merupakan adik kepada arwah Abam mendedahkan dia melalui hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri untuk menyara perbelanjaan keluarga. “Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ali Puteh mahu rayu batal keputusan kemenangan Nor Hidayah, dakwa wujud fakta tak betul ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nor Hidayah balu Abam menang kes saman fitnah, Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 “Saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar. Bagaimanapun syukur segala kelengkapan masih mencukupi,” katanya kepada mStar. Akui tertekan dengan situasi yang dilalui, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat demi meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dalam masa sama, Ali tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk dia memperbaiki diri sendiri. Ali anggap apa yang berlaku sebagai ujian. “Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arwah ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percayalah rezeki akan datang satu hari nanti. “Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” ujarnya. Sementara itu kata Ali, dia bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang melanda antara mereka. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini ALI PUTEH PELAWAK Bagaiamanapun Ali menolak jika ada mana-mana pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berbaik sebagai satu bahan untuk tontonan umum. “Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri. “Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid,” jelasnya. Hidayah menang kes saman fitnah terhadap Ali. Untuk rekod, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI