suria

Sara Ali teruja dapat berlakon filem aksi, buat ‘research’ nak jadi wartawan

Sara membawa watak sebagai wartawan dalam filem Air Force The Movie.

IMPIAN pelakon Sara Ali untuk berlakon dalam filem aksi atau perang akhirnya menjadi kenyataan apabila dia menerima tawaran membintangi filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Menurut Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, dia terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali terkesima jumpa M Nasir depan mata - “Tuhan saja tahu perasaan aku sebenarnya tapi aku kept it cool”

"Sebenarnya dari dulu lagi, saya pernah cakap pada diri sendiri yang satu hari nanti saya akan dapat filem aksi atau perang. Masa itu, tiba-tiba memang ada tawaran filem aksi datang.

Sara Ali

Sara teruja dapat bintangi filem aksi.

"Tapi bila saya baca skrip tak menarik dan saya tak suka. Walaupun ramai kata saya akan rugi kalau tak terima tawaran filem yang dijangka akan meletup.

"Saya percaya pada skrip, tak kisah orang nak cakap. Alhamdulilah, sebulan selepas itu saya dapat tawaran untuk filem Air Force. Tak perlu casting pun, tapi tawaran itu memang untuk saya.

"Selalunya kena lalui uji bakat tapi kali ini tidak. Saya diberi masa seminggu untuk baca skrip... kali pertama baca, terus saya suka," kata Sara.

Saya percaya pada skrip, tak kisah orang nak cakap.

SARA ALI

PELAKON

Selain Sara, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Scha Al Yahya dan ramai lagi.

Filem yang memaparkan kehebatan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada Ogos depan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga mengakui bukan mudah untuk membawa watak sebagai seorang wartawan.

Sara Ali

Barisan pelakon Air Force The Movie.

"Dalam filem itu, saya memegang watak sebagai seorang wartawan yang lebih kepada laporan khas. Saya ada juga buat sedikit ulang kaji macam mana nak jadi wartawan.

"Macam seorang wartawan bercakap depan kamera. Bahasa Melayu yang mereka gunakan sangat teratur dan tersusun. Jadi, ia sangat mencabar untuk saya yang suka cakap tak teratur.

"Saya ada la tengok gaya pembaca berita dan cuba ikut gaya itu. Tapi hanya ada beberapa babak saja dapat main peranan sebagai wartawan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain