suria

Muka kebas dan sukar bernafas akibat tekanan darah tinggi, Ieda Moin dimasukkan ke hospital

Ieda kini sedang dalam pemantauan pihak hospital.

PELAKON Ieda Moin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat akibat tekanan darah tinggi.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 43, berkata, dia membuat pemeriksaan kesihatan selepas berasa tidak sihat dan sukar bernafas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Amril matang, utamakan anak” - Ieda Moin terima lelaki bujang sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ieda Moin geli-geleman buka ‘inbox’ Instagram ada foto, video kemaluan lelaki - “Orang ini ganggu emosi dan dalaman kita!”

“Pada awalnya badan mula rasa tak sedap sehingga saya alami masalah kesukaran bernafas. Saya tidak pernah ada sakit darah tinggi sebelum ini tetapi apabila melakukan pemeriksaan saya terkejut dengan bacaan sampai 196.

“Kemudian apabila doktor pakar periksa tekanan darah naik sehingga 220.

“Saya juga alami kebas pada bahagian muka, bibir dan bahu. Bagaimanapun masih boleh bergerak dan makan seperti biasa.

ieda moin 1

Ieda akui hidap masalah anxiety.

“Sekarang saya masih berada di wad untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mahu pantau dan periksa jika ada masalah lain,” katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam masa sama, Ieda juga memberitahu masalah yang dialaminya ini berkemungkinan disebabkan kurang rehat gara-gara terlalu sibuk dengan jadual kerja.

Menurut doktor, bacaan tekanan darah tersebut adalah serius dan ia boleh memberi kemudaratan jika tidak dibendung dari awal.

Kata doktor badan saya terlalu penat dan stress. Saya juga ada masalah anxiety dan tidak pernah melakukan pemeriksaan secara terperinci sebelum ini

IEDA MOIN

PELAKON

“Sebenarnya doktor pun pelik sebab saya masih boleh berjalan seperti biasa. Kalau ikutkan bacaan tekanan darah ia boleh menyebabkan saluran darah pecah.

“Kata doktor badan saya terlalu penat dan stress. Saya juga ada masalah anxiety dan tidak pernah melakukan pemeriksaan secara terperinci sebelum ini,” ujarnya.

Ieda bagaimanapun tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk berehat kerana memikirkan komitmen terhadap kerja.

ieda moin 3

Tidak cukup rehat antara faktor Ieda alami tekanan darah tinggi.

Dia yang dinasihatkan untuk berehat dalam tempoh lima hari akan kembali menjalani penggambaran pada 10 Jun ini.

“Memanglah kena berehat, tetapi saya perlu fikirkan komitmen kerja. Saya tak mahu susahkan produksi jika tidak hadir ke set penggambaran.

“Walau apa pun saya tetap kena bekerja, kalau tak kerja siapa nak bagi duit,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ieda Moin, Ieda Moin Sakit

Artikel Lain