MELALUI cabaran dunia perniagaan, pengacara Nana Mahazan mengakui letih melayan tuduhan netizen yang mendakwa dia menjual produk 'timbang kilo'. Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 38, yang kini bergelar usahawan kosmetik berkata, dia melalui prosedur yang betul dan produk keluarannya mempunyai sijil halal Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ARTIKEL BERKAITAN: 19 tahun dalam industri seni, Nana Mahazan mahu anjur kelas bina keyakinan diri secara percuma... Rancang ‘pusing’ satu Malaysia "Ikutkan penat kadang-kadang nak jawab tuduhan dan andaian orang macam ini yang sesuka hati cakap seperti tak ada insurans. Tapi nanti tak jawab kata kita tak benar pula. View this post on Instagram A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan) "Sebenarnya sebelum nak keluar atau tulis komen caci-maki, menyakitkan hati dan segala macam aura negatif, yang pertama sangat penting lakukan kaji selidik atau research. "Sebenarnya produk saya mempunyai sijil halal Jakim, lulus Kementerian Kesihatan (KKM)" katanya kepada mStar. Tapi sebelum komen buatlah research dahulu supaya nampak cerdik. NANA MAHAZAN PENGACARA Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang mendakwa bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu terlalu berlebih-lebihan 'over claimed' terhadap produk keluarannya Nana Mahazan Beauty. Nana lebih fokus kepada perniagaan produk kecantikan. Dalam pada itu, Nana meminta pengguna tidak mudah percaya dengan janji manis produk kecantikan yang mendakwa mampu membuatkan kulit putih dalam masa tiga hari. "Tak adanya produk beri kesan serta merta sebegitu. Yang boleh segera putih itu tentu-tentu bahaya dan ada kesan sampingan. "Nak kulit cantik kena rajin dan konsisten. Barulah kulit betul-betul sihat," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI