TIDAK mahu sesuatu buruk berlaku terhadap anak dalam kandungan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengambil langkah berhati-hati apabila ada individu yang tidak rapat mahu menyentuh perutnya. Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dia faham ramai orang akan teruja melihat ibu mengandung dan perbuatan menyentuh perut itu bagaikan sudah menjadi satu kelaziman. Bagaimanapun lebih elok jika meminta izin terlebih dahulu supaya ibu yang hamil itu berasa selesa. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut sampai susah gerak, Uyaina Arshad selamat jalani pembedahan apendiks... Mohon doa anak dalam kandungan sihat ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad alami simptom teruk, nak pergi tandas pun merangkak... Terpaksa masuk wad kerana Covid-19 "Saya tidaklah terlalu rigid, tetapi jika ada orang yang tidak rapat mahu sentuh perut memang rasa tidak selesa. Melainkan mereka yang betul-betul rapat dengan saya tidak ada masalah. "Jika melihat ibu mengandung pun saya akan minta izin dahulu untuk sentuh perut. Kita tidak tahu niat orang lain. Lebih baik berhati-hati untuk elak perkara buruk berlaku. "Bagaimanapun ada juga rasa kasihan apabila sesetengah orang sentuh perut ibu mengandung kerana mahu mengambil berkat supaya mereka dikurniakan rezeki sama," katanya ketika dihubungi mStar. Uyaina sebelum itu memuat naik satu video di laman sosial miliknya menunjukkan dia seakan mengelak apabila ada orang sekeliling mahu menyentuh perutnya ketika usia kandungannya kini hampir masuk enam bulan. Uyaina dan Syahiran rahsiakan jantina anak. Bercerita tentang amalan atau pantang larang ketika hamil, isteri kepada Raja Syahiran ini memberitahu hanya mengikut nasihat doktor untuk menjaga kesihatan selain mengambil makanan berkhasiat. "Video tersebut saya buat hanya suka-suka sahaja. Ibu juga ada pesan perkara yang sama tentang isu menyentuh perut. Rasanya ia sudah menjadi satu pantang larang yang biasa dalam kalangan masyarakat. "Sepanjang tempoh hamil ini saya banyak ikut nasihat doktor untuk menjaga kesihatan. Selain mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, saya juga amalkan senaman bagi memudahkan proses bersalin nanti," ujarnya. Sementara itu, Uyaina akui sedikit bimbang melalui proses bersalin yang dijangka pada bulan September nanti. Kita tidak tahu niat orang lain. Lebih baik berhati-hati untuk elak perkara buruk berlaku. UYAINA ARSHAD PELAKON/PENGACARA Dia dan suami yang sudah mengetahui jantina anak mereka bagaimanapun belum bersedia memberitahunya kepada umum termasuk ahli keluarga terdekat. "Takut juga hendak menghadapi proses bersalin, maklumlah ini anak pertama. Saya banyak bertanya kepada rakan-rakan seperti Mira Filzah dan Ernie Zakri. Jadi adalah sedikit tip ketika di bilik bersalin nanti. "Saya pun sering tanya diri sendiri adakah sudah bersedia hendak menjadi ibu kerana anak itu nanti akan bergantung kepada saya sepenuhnya. "Jantina bayi kami dah tahu tetapi belum kongsi lagi dengan sesiapa. Keluarga terdekat pun belum tahu. Tunggulah nanti kami umumkan," jelasnya. Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu. View this post on Instagram A post shared by UA (@uyainaarshad) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI