KENYATAAN penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua berkaitan isu mendedahkan tubuh badan pelakon lelaki dalam drama sebelum ini turut menarik perhatian pendakwah bebas, PU Syed. Dalam hal ini, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, menegaskan perbuatan mendedahkan aurat adalah haram walaupun dengan alasan mengikut tuntutan skrip atau jalan cerita drama berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Noki, Fadlan Hazim pula ditegur ‘belanja’ badan dalam drama... Pengarah Shuhaimi Lua tahu batas LPF! ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed sokong Janna Nick bina pusat tahfiz, pesan netizen jangan nilai halal dan haram rezeki artis "Babak mendedahkan aurat tak kira datangnya dari pelakon wanita atau lelaki tetap haram walau apa wardrobe cerita itu sekalipun. "Jika pengarah dan pelakon peka hukum agama, tidak akan muncul babak-babak yang memerlukan mereka mendedahkan aurat," ujarnya. PU Syed berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Selasa. Buat tuan pengarah Shuhaimi, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton dekatkan diri kepada Allah PU SYED PENDAKWAH BEBAS Dalam perkongsiannya itu, dia turut mempersoalkan jati diri pengarah tersebut sebagai seorang Muslim kerana sanggup melakukan babak sebegitu. Malah, dia menasihati penggiat seni supaya mencari jalan cerita yang boleh mendidik penonton. "Islam telah menetapkan batas-batas yang boleh dan tidak. Sama ada umatnya setuju atau tidak ianya adalah bukti pengabdian diri kepada Allah. "Jika kita sama gayanya dengan orang yang bukan Islam, apa lagi ada pada jati diri Muslim kita. Babak lakonan Fadlan Hazim dan Noki tanpa baju mendapat kritikan. "Buat tuan pengarah Shuhaimi, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton dekatkan diri kepada Allah," jelasnya. Sebelum ini, Shuhaimi mendapat kritikan netizen apabila dituduh sebagai pengarah yang suka menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam drama. Menjawab isu tersebut, Shuhaimi memberitahu setiap babak yang dilakukan sudah mendapat persetujuan pelakon dan dia lebih mengetahui panduan yang ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF). "Saya memberi pilihan kepada para pelakon untuk buka baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah. "Saya tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh LPF. Jadi apa yang saya buat tidak melanggar peraturan badan tersebut," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI