suria

Sibuk dengan bisnes, Fouziah Gous hanya pilih tawaran yang beri impak

Fouziah akui rindu nak berlakon drama.

TIGA tahun tidak muncul dalam drama atau filem, pelakon Datin Fouziah Gous memberitahu keutamaannya kini beralih kepada perniagaan minuman kesihatan, sarang burung.

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, dia mula mengurangkan aktiviti seni semenjak menceburi bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak tidak senang kejayaan bisnes Fouziah Gous, beberapa kali cubaan serbu kilang sarang burung

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup saya dah cukup lengkap” - Fouziah Gous lalui fasa bahagia pada usia 37 tahun

"Saya memang dah lama tak muncul di TV. Memang fokus kepada perniagaan. Masa saya aktif berlakon, saya antara yang mula buat perniagaan atas talian.

Fouziah Gous

Fouziah fokus pada perniagaan.

"Masa fasa pertama perniagaan banyak mengambil masa, tenaga dan jiwa saya... too much of efforts yang perlu saya berikan sebab tak banyak rujukan seperti sekarang.

"Bukan saya tak berlakon, tapi perniagaan memang ambil masa saya dari pagi sampai ke malam. Kadang-kadang saya berada di pejabat,”katanya kepada mStar.

Fouziah ditemui di sidang media Minggu Usahawan Negara 2022 dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar, Bukit Bintang City Central (BBCC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saya pilih tawaran yang tidak memerlukan masa yang lama.

FOUZIAH GOUS

PELAKON

Untuk rekod, drama siri Sara Sajeeda yang ditayangkan pada 2019 merupakan karya lakonan terakhir Fouziah Gous.

Dalam pada itu, aktres berusia 39 tahun ini mengakui dia mempunyai perasaan rindu terhadap lakonan namun berdepan kekangan masa untuk kembali ke set penggambaran.

Biarpun menerima banyak tawaran, namun Fouziah terpaksa memilih ‘job’ yang bersesuaian dengan jadual hariannya yang sibuk dengan perniagaan.

"Sejujurnya, bukan tak nak berlakon malah saya rindu juga nak berlakon... tapi bila la nak ada masa. Sebenarnya tawaran sentiasa ada, tapi apa yang saya pilih, jadi tetamu dalam program.

Fouziah Gous

Fouziah bersama suami dan anak-anak.

"Macam sebelum ini saya jadi tetamu untuk program Sepahtu Raya. Saya pilih tawaran yang tidak memerlukan masa yang lama. Jadi, kekangan masa menjadi punca saya tak berlakon.

"Saya pun terpaksa menjadi ‘selective’. Saya pun asal memang seorang yang hari-hari berlakon tapi sekarang saya dah beralih ke dunia perniagaan.

"Jadi bila nak terima tawaran, kena pastikan cerita itu bagi impak pada diri saya. Kadang-kadang tawaran ada tapi bila baca macam mungkin sesuai untuk orang lain," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain