suria

Belum hilang seronok pinjam mikrofon Hael Husaini, kali ini rezeki Elica Paujin dapat lagu pula

Hasrat Elica bekerjasama dengan Hael tercapai.

KEGEMBIRAAN penyanyi Elica Paujin dapat menggunakan mikrofon peribadi milik Hael Husaini ketika membuat persembahan di Konsert Akhir Big Stage 2022 (BS22) tidak berakhir apabila selepas ini dia bakal menyanyikan lagu ciptaan komposer muda itu.

Bersyukur kerana impian untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael akhirnya tercapai, Elica atau nama sebenarnya Anglica Paujin, 22, menganggap ia sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen kata suara jadi ‘auto’ sedap, rupa-rupanya Elica Paujin pinjam mikrofon Hael Husaini... Vokal makin jelas

ARTIKEL BERKAITAN: Elica Paujin juara Big Stage 2022, padam impian Daniel Chuer dan Aisha Retno... Bawa pulang RM100,000

"Selepas BS22, saya hubungi Hael dan cuba dapatkan lagu ciptaan dia. Memang rasa sangat gembira apabila dia bersetuju dan demo untuk lagu tersebut telah pun diberikan.

"Bagaimanapun proses rakaman masih belum dilakukan lagi dan kami menunggu waktu yang sesuai.

"Hael adalah seorang penyanyi dan komposer hebat. Saya rasa bersyukur dan amat bertuah kerana dia bersetuju untuk bekerjasama," katanya kepada mStar.

Memang rasa sangat gembira apabila dia bersetuju dan demo untuk lagu tersebut telahpun ada

ELICA PAUJIN

PENYANYI

Dalam pada itu, Elica turut berkongsi keterujaan apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema pertandingan esport Mobile Legend peringkat Asia Tenggara berjudul Suprema Sea.

Kata Elica, ini juga merupakan satu peluang serta batu loncatan untuknya menembusi pasaran antarabangsa.

"Sangat terharu kerana diberi peluang tersebut. Dalam ramai-ramai penyanyi di Malaysia, nama saya yang terpilih.

elica 3

Mikrofon milik Hael yang digunakan Elica semasa BS22 mencuri tumpuan ramai.

"Saya melihat ini sebagai satu pendedahan awal kepada peminat muzik di luar Malaysia. Siapa tahu ia boleh jadi permulaan untuk saya melangkah ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Berkongsi perkembangan kerjaya selepas bergelar juara BS22, Elica memberitahu dia kini perlu membahagikan masa dan menyusun jadual sebaik mungkin.

Ini kerana dia kini masih lagi menetap di Sabah dan perlu berulang alik ke Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan persembahan.

"Sekarang ini saya masih dalam proses belajar mengimbangi masa untuk jadual persembahan di Kuala Lumpur dan juga Sabah.

"Sepanjang Jun ini saya banyak habiskan masa membuat persembahan di Sabah sempena Pesta Kaamatan. Ini adalah cara saya menghargai jasa peminat yang mengundi ketika di BS22," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain