TERKILAN dengan sikap segelintir penganjur yang membayar artis dengan harga rendah, penyanyi Ezad Lazim meminta pihak tersebut lebih peka dalam nilai seseorang penyanyi. Meskipun bersikap lfleksibel, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, bagaimanapun berharap isu seperti itu tidak sepatutnya timbul apabila ia melibatkan artis yang sudah lama mencipta nama. ARTIKEL BERKAITAN: Reda tak sempat selamat barang berharga, Ezad Lazim tetap syukur isteri dan anak-anak di sisi ketika rumah ditenggelami banjir ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari muntah-muntah, penyakit lama Ezad Lazim datang balik... jalani pembedahan Gerd pagi Khamis “Ada juga baca cerita tentang kawan-kawan yang menerima bayaran rendah dan minta nyanyi sehingga lima buah lagu. Mungkin orang boleh katakan itu adalah rezeki dan sepatutnya terima sahaja. “Bagaimanapun sebagai penganjur mereka perlu nilai dengan betul seseorang artis itu. Ini adalah kerjaya kami dan ada yang sudah lama terlibat dalam industri. Kenapa sesetengah artis boleh dibayar mahal sedangkan yang lain harga murah? “Ada juga saya menerima tawaran menyanyi dengan harga hanya ratusan ringgit. Bagi saya ia bergantung kepada situasi. Saya amat fleksibel kerana kadang-kala yang memberi tawaran adalah rakan-rakan sendiri. Ezad bersama rakan-rakan artis yang menjayakan Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0. “Jika ia tidak menganggu jadual dan tidak menyusahkan, saya akan terima,” katanya kepada mStar. Bekas vokalis kumpulan Exist ini ditemui ketika majlis Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 pada Sabtu lalu bertempat di Hotel Bangi Resort. Bercakap tentang undangan dalam majlis amal sebegitu, Ezad akui sebagai penyanyi ada ketika mereka perlu menerima tawaran dengan bayaran randah dengan niat untuk melakukan amal. Kenapa sesetengah artis boleh dibayar mahal sedangkan yang lain harga murah? EZAD LAZIM PENYANYI “Sebagai seorang penyanyi ada masanya kita juga perlu ‘memberi’. Jadi saya tidak ada masalah untuk terlibat dengan acara amal sebegini jika menerima undangan yang kena dengan jadual saya. “Tidak perlu mengharapkan pulangan besar apabila terlibat dengan acara amal sebegini,” ujarnya. Bercakap tentang perjalanan seni bersama kumpulan Exist sebelum ini, Ezad mendedahkan mereka pernah berselisih faham sehingga menjadi punca perpecahan kumpulan tersebut. Dua vokalis Exist iaitu Mamat dan Ezad bergabung dalam konsert reunion pada 2019. Bagaimanapun kematangan usia membuat mereka semua menolak tepi segala sengketa lama dan kini lebih memikirkan perkembangan kerjaya seni masing-masing. Justeru itu, Konsert Reunion Exist yang pernah diadakan pada tahun 2019 sebelum ini menjadi platform terbaik untuk mereka mengekalkan nama masing-masing dalam industri seni. “Dahulu hubungan kami memang tidak baik dan itu juga menjadi punca perpecahan. Sekarang usia semua sudah meningkat dan matang. Lupakan segala apa yang berlaku sebelum ini. Kalau nak ikutkan ego sampai bila-bila akan bergaduh. “Exist telah menjadi satu branding yang kuat. Walaupun sudah tidak bersama, masih ramai yang tahu sejarah kumpulan ini. Jadi konsert sebelum ini adalah jalan terbaik supaya peminat tahu setiap anggota Exist dan kerjaya mereka dalam industri seni ini,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI