suria

Juara program ‘Oo La La’, Emeer Bakri korbankan cinta demi kerjaya seni

Emeer tampil dengan single pertama berjudul Fantasia selepas lama menyepi dari industri.

NAMA penyanyi Emeer Bakri masih samar-samar dalam industri seni biarpun pernah menjuari pertandingan nyanyian di TV9 berjudul ‘Oo La La’ ketika di usia 14 tahun.

Bagaimanapun Emeer atau Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri enggan menggunakan gimik atau ‘content’ memalukan diri serta keluarga hanya untuk dikenali cepat.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, dia lebih memilih untuk melangkah dalam industri seni dengan perlahan-lahan tanpa menimbulkan sebarang kontroversi.

"Setakat ini, saya tiada rancangan untuk buat gimik atau content yang pelik-pelik hanya semata-mata menjadi viral dan dikenali dengan cepat.

EMEER

Emeer tak mahu dikenali dengan gimik memalukan diri.

"Sebab pada pendapat saya, ia sedikit memalukan untuk buat content yang bukan diri kita dan bukan saja memalukan diri sendiri tapi keluarga juga.

"Jadi lebih baik, saya mengambil langkah satu-persatu untuk orang kenal saya dan juga bakat saya tanpa kontroversi buruk," katanya kepada mStar.

Emeer kini tampil dengan single pertamanya berjudul Fantasia di bawah naungan syarikat pengurusan Armani Entertainment Group (AEG).

Saya tiada rancangan untuk buat gimik atau content yang pelik-pelik.

EMEER BAKRI

PENYANYI

Selain berprofesi sebagai penyanyi profesional, Emeer juga merupakan Penerbit Muzik di AEG dan bertanggungjawab menghasilkan pelbagai kandungan berkaitan muzik.

Dalam pada itu, Emeer turut mendedahkan dia sanggup mengorbankan cintanya dengan bekas kekasih hanya kerana ingin berada dalam industri seni.

"Jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang dan pastinya ini adalah jalan yang telah ditetapkanNya.

Emeer

Emeer mahu mencuba masuk industri buat kali kedua.

"Mana tahu satu hari nanti akan berpaut kembali kan? Paling penting keluarga... mereka adalah tulang belakang saya, sentiasa sokong dengan keputusan yang telah saya buat.

"Faktor utama yang membuatkan saya berani mengambil risiko ini adalah semestinya minat yang kuat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi.

"Pastinya pernah terfikir untuk berhenti. Dorongan daripada ahli keluarga yang tak pernah putus ingin lihat anaknya berjaya dalam bidang seni ini lah yang menguatkan lagi semangat saya untuk terus mencuba nasib," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain