suria

Harris Annuar selamat bergelar suami pelakon Asha Merican... Dalam diam-diam 4 tahun bercinta

Harris kini suami Asha.

JARANG berkongsi kisah peribadi di laman sosial, pelakon Harris Annuar dalam diam-diam sudah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu pelakon dan model Asha Merican pada Sabtu.

Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar dan Asha selamat diijab kabul kira-kira pukul 4 petang dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Harris Anuar trauma pakai ‘towel’, risau ada tebuan sembunyi

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara positif Covid-19 selepas balik bercuti, Harris Annuar dikecam netizen

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, majlis istimewa itu dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan beberapa rakan selebriti antaranya Hun Haqeem.

Pasangan pengantin baharu itu mengayakan baju berwarna putih pada majlis pernikahan itu.

Sebelum itu, peserta Hero Remaja 2017/2018 turut memuat naik video prewedding dengan kapsyen ‘selepas 4 tahun’ yang memberitahu tentang tempoh percintaan mereka.

Rata-rata peminat dan pengikut laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah.

harris2

Harris bersama ibunya, Zaiton Hassan dan isteri.

Sekadar info, Harris merupakan anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau Kak Ton, manakala Asha adalah pelakon drama Rindu Yang Terlarang di Astro Ria.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain