suria

Hamid Gurkha meninggal dunia akibat penyakit tibi

Hamid Gurkha meninggal dunia.

SELEPAS hampir seminggu dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas, pelakon legenda Hamid Gurkha disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang pada Selasa.

Anaknya, Fendy memaklumkan Allahyarham yang berusia 90 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nafi Hamid Gurkha masuk ICU, tapi masih dalam pemantauan doktor akibat batuk teruk

"Benar, bapa saya telah meninggal dunia sekitar pukul 2 petang tadi.

"Jenazah diuruskan oleh pihak hospital dan kami rancang untuk proses pengkebumian petang ini (Selasa).

"Terima kasih atas doa semua peminat buat arwah bapa saya selama ini. Semoga semua cerita baik arwah akan dikenang selepas ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Semoga semua cerita baik arwah akan dikenang selepas ini

FENDY

ANAK HAMID GURKHA

Allahyarham dimasukkan ke hospital pada malam Rabu kerana mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan batuk teruk.

Untuk rekod perjalanan seni Allahyarham bermula apabila bergelar juara Bintang Radio RTM pada 1965, dan kemudian terus dikenali menerusi filem-filem popular seperti Panglima Badol dan Jejaka Perasan.

hamid 2

Hamid bersama isteri.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Timah Abdul Hamid dan lapan orang cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Allahyarham pernah dijangkiti virus Covid-19 pada Mei lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja, Klang selepas solat Isyak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain