DUA belas tahun memegang gelaran Imam Muda, pendakwah terkenal Asyraf memberitahu sudah tiba masanya untuk dia tidak lagi menggunakan panggilan tersebut. Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, gelaran tersebut tidak lagi bersesuaian dengan dirinya yang kini hampir mencecah usia 40 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak rapat tapi pernah berurusan dengan arwah” - Imam Muda Asyraf terkejut foto dengan pengerusi surau tersebar, tak sertai ijtimak "Dari 2010 sampai 2022, dah 12 tahun... dari Imam Muda sampai tua. Orang tanya sampai bila nak pakai gelaran itu. Nak tarik handbrake, letak jawatan macam poyo. View this post on Instagram A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf) "Macam jawatan ini diberi oleh Sultan dan Universiti. Ramai pewaris muda, saya fikir dah perlu menghilangkan title yang mana tak sesuai dengan saya dah tua, umur 40 tahun dah, anak pun dah tiga. "Nak ubah susah sebab dah melekat, tetap orang panggil yang sama. Banyak tahun dah fikir nak buang," kata Asyraf. Pendakwah berusia 38 tahun itu memenangi program Imam Muda musim pertama yang ditayangkan pada 2010. Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik. ASYRAF PENDAKWAH Dalam pada itu, Asyraf turut berkata dia tidak kisah apa sahaja gelaran untuk dirinya asalkan ia sesuai dengan iringan doa yang baik-baik. Malah Asyraf secara berseloroh memberi cadangan panggilan namanya seperti pelakon Johnny Depp iaitu Asyraf Depp. "Kadang-kadang orang bergurau dengan memanggil, ‘Imam yang tak akan tua’. Saya okay saja hendak dipanggil apa. Imam muda ke Imam tua, ustaz, bro, Acab, Imam saja ke, pakcik Asyraf, Encik Asy... tak kesah. Asyraf minta cadangan untuk panggilan namanya. "Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik. Lagipun panggilan Imam Muda itu hanyalah gelaran yang diberi oleh pihak Astro semenjak 12 tahun yang lalu. "Lalu diguna pakai meluas oleh masyarakat dan ianya melekat sehingga ke hari ini. Sedangkan sewaktu mula menyertai program Imam Muda, tak pernah terlintas di fikiran untuk diberi gelar sebegini. "Bila dah tua nak masuk umur 40-an ini, rasanya macam nak tukar nama Asyraf Depp, Asyraf McGuire, Asyraf The Eagle, Pak ngah Asyraf, Daddy Asy ka, Asy Talabista ke," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI