TIADA lagi hidup berpoligami, pelakon Iman Zulkarnain mengakui dia kini berasa lebih seronok menjalani kehidupan tanpa isteri kerana bebas melakukan apa sahaja. Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia bebas untuk berlakon dengan mana-mana pelakon wanita tanpa perlu memikirkan perasaan dua isterinya sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Iman Zulkarnain nasihat pelakon watak gay Danish Iskandar tidak melatah, kekal positif biarpun dikecam "Saya bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019 manakala berpisah dengan isteri pertama tahun lalu. Alhamdulillah, saya gembira sebab ada kebebasan dan rezeki dalam industri pun masih ada. Iman tak perlu lagi menjaga perasaan sesiapa. "Memudahkan saya untuk bekerja dan berurusan dalam industri. Kalau saya nak berlakon dengan mana-mana pelakon wanita pun dah tak perlu nak jaga hati sesiapa. "Tak ada siapa pun cemburu dan bebas nak pilih kerja. Apa saja status dah berkahwin atau duda, tetap ada saja rezeki. Cuma jadi duda, lagi seronok la,” katanya kepada mStar. Untuk rekod, Iman berkahwin dengan isteri pertama pada 28 Januari 2012 dan mereka dikurniakan tiga anak berusia sepuluh, enam, dan empat tahun. Iman kemudian berkahwin dengan isteri kedua pada 15 April 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Sejujurnya, saya pernah la alami kemurungan selepas bercerai. IMAN ZULKARNAIN PELAKON Pelakon drama siri Nur itu bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019, manakala isteri pertama pula pada Februari tahun lalu. Dalam pada itu, Iman mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan yang sangat teruk selepas berpisah dengan kedua-dua isterinya. "Sejujurnya, saya pernah la alami kemurungan. Pernah nak cuba bunuh diri dan meroyan dalam tempoh beberapa bulan juga. "Memang silap saya sendiri sebab nak poligami tapi di luar kemampuan saya. Saya terima kesilapan saya sehingga menyebabkan saya kehilangan kedua-dua isteri. Iman mahu fokus diri sendiri. "Tapi apa yang berlaku buat saya lebih matang dan memahami diri sendiri serta kemahuan wanita. Saya kembali fokus pada diri dan kerja,” ujarnya. Sementara itu, Iman memberitahu dia masih belum bersedia untuk mencari teman hidup yang baharu kerana ingin memberi tumpuan pada diri sendiri. "Tahun ini dan tahun lalu saya ada la cuba untuk mencari pengganti tapi buat masa ini saya rasa macam belum bersedia untuk komitmen dengan perhubungan serius. "Lebih baik saya fokus pada diri saya dahulu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI