PELAWAK Shuk Sahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumah miliknya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor selepas ia berjaya dijual kepada pemilik baharu. Perkara tersebut disahkan oleh Shuk sendiri apabila dihubungi mStar dan memberitahu dia kini sedang sibuk dengan proses mengemas barang-barang di rumah tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar nak jual rumah RM1.2 juta, perlukan duit untuk teruskan kehidupan ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Status rumah tangga masih tergantung, Shuk Sahar jawab spekulasi sudah kahwin lagi... Mahu selesaikan satu persatu "Betul saya telah jual rumah itu. Sekarang tengah sibuk mengemas barang," katanya ringkas. Terdahulu, bekas penyampai radio Hot FM ini berkongsi video kerja-kerja membawa keluar dan memindahkan perabot di kediaman berkenaan. Menerusi ruangan kapsyen, Shuk mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya itu dan berharap kehidupannya lebih baik selepas ini. Betul saya telah jual rumah itu. Sekarang tengah sibuk mengemas barang SHUK SAHAR PELAWAK "InsyaAllah ada yang lebih baik. Selamat tinggal Fareea (nama perumahan tersebut)," tulisnya. Sementara itu meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen masih bercakap tentang isu curangnya sebelum ini dan menganggap rumah tersebut terpaksa dijual gara-gara perbuatannya itu. "Bila aniaya isteri, Allah tunjuk terus kifarahnya. Semoga dipermudahkan urusan. "Cari semula mana kebahagian kamu. Perjuangkan demi anak dan masa depan. Orang ketiga itu hanya ujian diberikan oleh Allah. "Bila buat tak fikir masa akan datang. Bila dah terjatuh baru nak menyesal," komen netizen. Status hubungan Shuk dan Sera terus jadi tanda tanya. Dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya sebelum ini, Shuk pernah mendedahkan dia berdepan dengan kesukaran akibat kontroversi curang terhadap isterinya. Gara-gara itu dia berhajat untuk menjual rumah tersebut yang ketika itu bernilai RM1.2 juta. Status rumah tangga Shuk dan dan isteri, Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas wanita itu mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2. View this post on Instagram A post shared by