suria

[VIDEO] “Awak pun bukan suci sangat, cermin diri dulu” - Fify Azmi jawab tuduhan bekas PA ambil barang terlarang

PELAKON Fify Azmi kesal dengan tuduhan yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi (PA) iaitu Nora yang mendakwa kononnya dia mengambil barang terlarang.

Menafikan mengenai perkara itu, Fify atau nama sebenar Nur Afiqah Mohammad Azmi, 32, berkata dakwaan itu tidak benar dan merupakan satu fitnah.

Baginya, isu tersebut tidak harus dibangkitkan berikutan ia tiada kaitan dengan kes melarikan wang RM15,000.

fify 3

Fify enggan panjangkan isu dengan bekas PA.

"Dia tahu benda ni adalah fitnah, satu kesalahan sangat besar. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Dia tidak ada bukti nak cakap benda macam tu.

"Kenapa dia tiba-tiba nak sebut benda yang tak ada kaitan dengan isu ni. Mana duit saya? Tak perlu buka aib orang yang tak betul.

"Awak bukannya suci sangat pun, nak buka aib orang awak kena cermin diri sendiri dulu. Lepas ni artis akan susah nak bekerjasama dengan awak sebab tahu awak macam mana," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi sudah lantik peguam, minta bekas PA henti cerita buruk... Desak pulangkan duit segera

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas PA terkilan Fify Azmi ‘viral’ foto di IG, selama ini simpan semua aib... Sebak tengok ibu menangis gara-gara isu ‘kebas’ duit

Sebelum ini, Nora memuat naik status berunsur ugutan di Instastory yang dipercayai ditujukan kepada aktres berkenaan biarpun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Antara status yang dimuat naik oleh Nora sebelum dipadam mendakwa individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan dadah untuk berlakon.

Sementara itu, Fify memberitahu dia enggan memperbesarkan isu berkenaan kerana bimbang akan menyusahkan bekas pembantunya itu.

Duit pun saya tak akan dapat balik bila dia kata saya kena kembalikan maruah dia baru dia bayar RM15,000 tu sekarang

FIFY AZMI

PELAKON

Meskipun sukar memaafkan perbuatan Nora, Fify bagaimanapun berkata dia reda jika wang tersebut tidak dikembalikan semula.

"Sekarang ni memang masih dalam siasatan pihak polis, saya setiap hari jalani penggambaran jadi tak banyak masa.

"Terus terang saya malas nak panjangkan isu ni sebab semua orang dah tahu. Orang ada mata ada telinga mereka tahu siapa benar dan salah.

fify 2

Perkongsian Fify di IG mengenai bekas PA.

"Duit pun saya tak akan dapat balik bila dia kata saya kena kembalikan maruah dia baru dia bayar RM15,000 tu sekarang... dia cakap saya viralkan dulu tapi orang lain boleh nampak siapa buat masalah,” ujarnya

Pada 7 Jun lalu, pelakon filem Wira ini membuat laporan polis atas dakwaan wanita tersebut melarikan wang miliknya berjumlah RM15,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain