suria

Dua tahun tinggal berjauhan, akhirnya hasrat Sasha Saidin bawa anak ke Dubai tercapai

Sasha selesai uruskan dokumen membawa anak ke Dubai.

SELEPAS lebih dua tahun berkahwin dan mengikut suami menetap di Dubai, penyanyi Sasha Saidin akhirnya meluahkan rasa syukur apabila dapat membawa anaknya iaitu Adam Aryasenna Notosoemarson, 13, untuk tinggal di sana.

Menurut Sasha, 45, perancangan untuk membawa Arya ke sana sudah dilakukan sejak awal berkahwin, namun disebabkan masalah dokumen dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) niat tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Selepas berkahwin saya dan suami pergi mengerjakan umrah sebelum kami pulang ke Dubai. Kemudian waktu itu Covid-19 mula melanda dan PKP dilaksanakan. Jadi memang tak dapat nak bawa anak bersama.

sasha 1

Sasha bersama anak dan adiknya, Zain Saidin.

“Urusan dokumen untuk membawa anak menetap dan bersekolah di sana juga tergendala. Jadi kali ini saya dapat peluang balik Malaysia dan selesaikan semua. Syukur segalanya dipermudahkan,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Arya merupakan anak hasil perkahwinan kedua Sasha bersama Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang mana hubungan mereka berakhir pada Julai 2012.

Sebelum itu Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin dituduh perampas dan punca suami ceraikan bekas isteri - “Fitnah semata-mata! Kami tahu siapa yang tulis emel itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin akhiri zaman janda, pilih duda anak dua sebagai teman hidup

Pada Januari 2020, Sasha kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang duda anak dua bernama Sirhan Wahab.

Ditanya tentang penerimaan Arya apabila diajak berpindah ke tempat baharu, kata Sasha anaknya sudah cukup matang untuk menerima persekitaran baharu dan teruja untuk ke sana.

Anggota kumpulan Elite ini juga memberitahu perancangan untuk tinggal di Dubai bukanlah selamanya dan akan pulang ke Malaysia jika suami selesai tugas di sana.

Dia suka suasana di sana dan rasanya tidak ada masalah untuk bawa berpindah

SASHA SAIDIN

PENYANYI

“Sebelum ini Arya sempat datang bercuti di sana sekitar Oktober tahun lalu. Dia suka suasana di sana dan rasanya tidak ada masalah untuk bawa berpindah.

“Kami bukan terus duduk di sana. Buat masa sekarang disebabkan suami bekerja di sana saya dan anak ikut sahaja. Suatu hari akan pulang semula ke Malaysia cuma tidak tahu bila,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Sasha tidak menyangka dia menerima undangan sebagai pengacara dan menyanyi di sana.

sasha 2

Sasha dan Sirhan berkahwin pada Januari 2020.

“Bermula dengan undangan sebagai pengacara di sebuah program awal tahun lalu, saya mula terima undangan sama selain menyanyi.

“Tidak sangka juga ada job. Selain itu saya turut mendapat tawaran lain dalam sebuah program yang dijangka berlangsung hujung tahun ini,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain