MULA menyukai lagu-lagu genre kerohanian, pelakon dan penyanyi Fattah Amin memberitahu seleksi sebegitu juga kini menjadi pilihan dia dan isterinya iaitu Nur Fazura. Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 32, mendengar lagu genre begitu membantu dirinya menjadi lebih tenang setelah penat dan tertekan akibat penat bekerja. “Selepas tampil dengan genre kerohanian sebelum ini, saya mula jatuh cinta dengan lagu-lagu sebegini. Ini adalah genre yang sesuai untuk saya dan mahu mendalami lagi. Fattah dan Fazura bersama anak mereka. “Saya dan isteri memang layan lagu-lagu begini sekarang ketika dalam kereta. Banyak lagu yang menjadi playlist kami. Ia memberi ketenangan dan menjadi terapi untuk diri kami. “Dalam seharian bekerja pasti ada rasa penat dan tertekan. Jadi dengan mendengar lagu kerohanian buat saya lega dan sentiasa beringat,” katanya kepada mStar. Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Takut penonton bosan! Fattah Amin cabar diri bawa watak antagonis... Elak babak keterlaluan, sentuh pelakon wanita ARTIKEL BERKAITAN: Fazura cerewet terima ‘job’ untuk Fatima, bukan main tangkap muat - “Sudah tentu kami pentingkan jenama dan mesej” Fattah ditemui ketika pelancaran muzik video lagu terbaharunya berjudul Padamu yang berlangsung di pejabat Universal Music Malaysia di Petaling Jaya pada Rabu. Bercakap tentang genre ini, Fattah sedar ia bukanlah sesuatu yang sering menjadi pilihan pendengar, namun dia tahu lagu-lagu sebegitu akan tetap menjadi malar segar seperti mana populariti karya-karya nasyid sebelum ini. “Kalau ingat kembali zaman kegemilangan kumpulan nasyid seperti Raihan dan Rabanni, saya antara yang akan pergi mendengar konsert mereka. Cuma mungkin generasi sekarang tidak berminat dengan genre sebegini. Jadi dengan mendengar lagu kerohanian buat saya lega dan sentiasa beringat FATTAH AMIN PELAKON/PENYANYI “Bagaimanapun saya tidak rasa ia akan hilang kerana ini adalah lagu ketuhanan. Jika kita masih ada agama pasti wujud rasa untuk terus mendengar. Jadi ia boleh dihayati sampai bila-bila,” ujarnya. Lagu Padamu merupakan ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Ia sudah mula dilancarkan di semua platform digital sejak April lalu dan MV boleh ditonton di saluran Yotube Fattah bermula 9 Jun. Fattah kini lebih memilih lagu berkonsep ketuhanan. Sementara itu bercakap tentang pengalaman merakam lagu ini, kata Fattah selain selalu menjalani latihan sendiri, dia juga mengambil inisiatif mengikut kelas vokal. “Syukur vokal untuk lagu ini semakin bagus. Seperti juga dalam lakonan, kalau selalu buat latihan pasti akan jadi lebih baik. “Saya juga mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan Mark Adam sebelum ini,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI