suria

[VIDEO] Iman Troye kongsi video patah hati, peminat syak gimik lagu baharu

Antara video patah hati yang dimuat naik Iman.

MEMUAT naik beberapa siri video di laman TikTok tentang luahan rasa seakan kecewa ditinggal putus cinta, ada yang anggap penyanyi Iman Troye sengaja mencipta gimik untuk mempromosikan lagu baharu.

Tidak menafikan hal tersebut, Iman, 22, menjelaskan ia bukan tentang kisah cinta dengan mana-mana lelaki sebaliknya hanyalah luahan terhadap hubungan persahabatan dengan rakan-rakan baiknya.

"Mungkin ada kaitan dengan lagu baharu saya nanti, namun masih belum saya ceritakan secara terperinci.

iman troye 2

Iman beri bayangan lagu baharu.

"Sebagai manusia biasa, saya juga ada kehidupan harian yang dilalui. Kisah tersebut tentang persahabatan dan tiada kena mengena dengan kekasih.

"Sekarang ini dalam fasa memujuk kawan saya. Bukanlah kami bergaduh cuma disebabkan duduk berjauhan kami jarang berjumpa dan merajuk itu adalah sesuatu yang normal," katanya ketika dihubungi mStar.

Ditanya tentang hubungan cinta, kata pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, dalam usia muda sekarang ini dia masih belum terfikir untuk mencari lelaki untuk dijadikan teman istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi buat Iman Troye dikenali, akui stres kena kecam netizen - “Yang buruk jadi pengajaran untuk saya lebih matang”

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikecam netizen... Iman Troye akhirnya mohon maaf salah bual - “Saya akan cuba jadi lebih baik”

Dalam pada itu, Iman kini lebih memberi fokus kepada pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UITM) selain kerjaya seni.

"Dalam umur sekarang ini saya belum terfikir soal kahwin. Saya juga sedang melanjutkan pelajaran. Untuk bercinta memang tidak dalam masa terdekat.

"Banyak lagi yang perlu saya pelajari selain mahu kenal diri sendiri.

Saya juga sedang melanjutkan pelajaran. Untuk bercinta memang tidak dalam masa terdekat

IMAN TROYE

PENYANYI

"Kawan-kawan sekeliling pun sudah ada pasangan, jadi tidak ada yang mahu dekat dengan saya," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang lagu terbaharu yang dijangka bakal dilancarkan Julai ini, kata Iman konsepnya masih sama seperti lagu berjudul Teman sebelum ini.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Ezra Kong dan Iman akui gementar menunggu reaksi peminat selepas kali terakhir tampil Harum Sundal Malam sebelum ini.

iman troye 1

Fokus pada pelajaran dan nyanyian, Iman belum sedia bercinta.

"Saya suka dengan hasil ciptaan Ezra. Saya sudah anggap dia seperti abang sendiri kerana dia sangat faham karakter saya.

"Karya baharu nanti ada sedikit persamaan dengan lagu Teman. Saya teruja dan dalam masa sama gementar menunggu reaksi peminat," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain