suria

Rozita Che Wan dah nak dapat menantu, ‘sporting’ betul… selalu minta anak tunjuk gambar kekasih

Che Ta bersama suami dan tiga orang anaknya.

MEMILIKI dua anak teruna yang semakin meningkat dewasa, pelakon Rozita Che Wan sudah sedia menerima menantu jika jodoh mereka sudah tiba dalam masa terdekat.

Bercakap tentang hubungan cinta anak-anaknya, Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu dia bersikap terbuka dan sentiasa memgambil tahu tentang wanita yang rapat dengan anak-anaknya.

"Saya sudah sedia terima menantu jika anak-anak mahu berkahwin.

"Sebagai ibu saya akan sentiasa ambil tahu tentang hubungan cinta mereka. Contohnya sekarang ini saya tahu anak kedua sudah ada kekasih, selalu juga minta dia tunjukkan gambar, tetapi biarlah dia sendiri yang beritahu apabila bersedia.

che ta 2

Che Ta sentiasa ambil tahu hubungan cinta anak.

"Manakala anak pertama pula memang ada kekasih. Saya juga selalu berbual dengan kekasihnya di media sosial.

"Saya seorang ibu yang memahami. Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira," katanya kepada mStar.

Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sebagai perempuan tentu rasa terhina” - 4 jam Rozita Che Wan beri keterangan kepada polis kes dakwaan fitnah Diva AA

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta tak mahu kerja dengan artis tak vaksin, enggan ambil risiko - “Orang macam itu tak bertanggungjawab!”

Bersama Zain, Che Ta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Pelakon Mem & Bibik Bibik ini ditemui ketika majlis berinai yang diadakan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya sekaligus melancarkan produk baharunya iaitu Inai Che Ta.

Sementara itu, ditanya tentang menambah cahaya mata, Che Ta berkata, dia dan suami tiada perancangan ke arah itu.

Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira

ROZITA CHE WAN

PELAKON

"Tak payahlah tambah anak... biarlah kami fokus besarkan anak-anak yang ada ini.

“Aaisyah pun dah besar dan dia tidak pernah minta adik. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.

Mengulas tentang perniagaan tersebut, Che Ta menafikan dakwaan kononnya dia meniru usahawan Neelofa yang juga mengeluarkan produk sama.

che ta 3

Zain dan Che Ta diraikan dalam satu majlis berinai sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

"Tak mungkin meniru sebab saya sudah ada stok produk ini sejak Jun lagi dan baru sekarang ini dilancarkan disebabkan kekangan masa sebelum ini.

"Saya keluarkan produk ini kerana memang suka pakai inai di jari. Lebih senang hendak promosikan barang yang selalu digunakan.

"Kalau produk ini menjadi viral nanti, sesiapa sahaja boleh mulakan atau majukan lagi perniagaan menjual inai dengan jenama mereka sendiri," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang majlis yang diadakan di Damansara pada Selasa, Che Ta tidak terkejut ia mendapat tajaan penuh bernilai hampir RM100,000 daripada sahabat baiknya yang dikenali sebagai Anas.

"Saya tahu dia sangat pemurah dan tak terkejut apabila dia katakan mahu mengadakan majlis ini.

"Perancangan mengadakan majlis ini dibuat dalam tempoh masa singkat dan saya serahkan semuanya kepada Anas," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain