suria

[VIDEO] Nash dan Mat Over sifatkan Hamid Gurkha seperti bapa... Senang didekati, rendah diri

PEMERGIAN Allahyarham Hamid Gurkha merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat keluarga malah rakan artis.

Begitulah dirasai rakan selebriti antaranya penyanyi Datuk Nash yang menyifatkan Allahyarham mudah mesra dan sudah dianggap seperti bapa.

Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 63, ketika ditemui meluahkan rasa terkilan tidak sempat bertemu arwah buat kali terakhir.

"Memang satu kehilangan yang sangat besar untuk negara kita kerana satu permata sudah meninggalkan kita selama-lamanya.

hamid 3

Solat jenazah diadakan di Masjid Kota Raja, Klang.

"Dia diibaratkan seperti ayah buat saya kerana saya kenal isteri dan anak-anaknya.

"Dia pun saya panggil bapa dan isterinya pun saya panggil mak. Dia seorang yang sangat rendah hati.

"Saya rasa terkilan kerana tak dapat berjumpa dengannya semasa saya balik dari Makkah sebab dia dah masuk hospital,” katanya yang ditemui selepas selesai pengebumian.

Allahyarham Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Selasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat penyakit tibi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamid Gurkha meninggal dunia akibat penyakit tibi

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nafi Hamid Gurkha masuk ICU, tapi masih dalam pemantauan doktor akibat batuk teruk

Jenazah Allahyarham Hamid selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Klang kira-kira pukul 9.50 malam.

Sementara itu, pelawak Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Mat Yasin, 70, turut berkongsi kenangan bersama Hamid yang tinggal tinggal tidak jauh dari kediamannya.

Menurutnya, mereka sering beriadah bersama-sama ketika arwah masih sihat.

Dia orang yang baik dan umpama bapa. Walaupun kami tak terlalu rapat, tapi dia orangnya memang sangat baik

MAT OVER

PELAWAK

"Dia orang yang baik dan umpama bapa. Walaupun kami tak terlalu rapat, tapi dia orangnya memang sangat baik.

"Semasa dia sihat, kami selalu joging bersama memandangkan tempat tinggal kami tak jauh antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, mStar melaporkan Hamid atau lebih mesra disapa Pak Hamid menjalani rawatan di wad pemantauan HTAR, sejak Khamis lalu.

hamid 2

Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 9.50 malam.

Beliau ditahan di wad berkenaan akibat masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.

Allahyarham mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Timah Abdul Hamid, 80, dan lapan orang cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain