suria

Dua tahun tak keluar lagu baharu, Azzam Sham naik segan dengan peminat

Azzam masih menantikan lagu terbaharunya untuk dilancarkan.

DUA tahun tiada lagu baharu, penyanyi Azzam Sham mengakui terkilan dengan pihak syarikat pengurusan yang beberapa kali menunda pelancaran single terbaharunya.

Menurut Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, lagu serta video muzik (MV) itu sudah dirakam sejak tiga tahun lalu.

Malah, Azzam yang bernaung di bawah syarikat rakaman Rusa Music ini juga berasa segan dengan peminatnya kerana kerap menjanjikan perkara yang tidak pasti.

"Saya terkilan dan terasa hati dengan syarikat pengurusan saya. Banyak lagu saya terpaksa ditunda tanpa memberi alasan yang kukuh.

Azzam Sham

Azzam malu dengan peminat.

"Sepatutnya lagu saya yang sudah dirakam sejak 2019 dilancarkan dalam masa terdekat tapi sampai sekarang mereka tetap simpan lagu itu.

"Saya jadi malu nak cakap dekat peminat, kalau saya cakap akan keluarkan lagu nanti mereka tertunggu-tunggu pula," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Azzam Sham terkejut isteri disangka hamil gara-gara baju besar...

ARTIKEL BERKAITAN: Azzam Sham seronok sambut lebaran tahun ini, kali pertama isteri cium tangan di pagi raya...

Banyak lagu saya terpaksa ditunda tanpa memberi alasan yang kukuh.

AZZAM SHAM

PENYANYI

Lagu berjudul Cinta Jangan Pergi yang dilancarkan pada 2020 merupakan single terakhir Azzam.

Berkongsi mengenai kehidupan peribadinya, penyanyi berusia 24 tahun ini sememangnya menyimpan impian untuk dikurniakan cahaya mata cepat.

Bagi Azzam, dia dan isterinya iaitu penyanyi Sheryl Shazwani sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa di usia yang masih muda.

"Memang impian saya untuk dikurniakan cahaya mata awal. Bagi saya, rezeki zuriat ini Allah yang beri, apa saja yang diberi, saya akan terima.

Azzam Sham

Azzam dan Isteri sudah bersedia menjadi ibu bapa.

"Kalau Allah nak beri rezeki anak itu awal, Alhamdulillah... lagi bagus. Sebab saya dan isteri pun dah bersedia untuk menjadi ibu bapa.

"Walaupun usia kami masih muda dan baru saja kahwin, tapi kami memang nak anak awal. Usia bukan penghalang untuk kami ada anak," ujarnya.

Untuk rekod, juara program Big Stage 2020 itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi lagu Perasaan pada 1 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain