suria

Apa nak jadi? PU Amin tegur aksi Kak KM tepuk punggung... Malu anak-anak jadikan ikutan

PU Amin menegur tindakan Kak KM dan rakan-rakan.

AKSI tidak senonoh usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang meepak punggung beberapa selebriti popular menerima kecaman netizen.

Malah, perkara itu juga menarik perhatian pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin yang menganggap perbuatan itu sangat memalukan.

kak km 2Kak KM selalu mencetuskan kontroversi.

"Malu kalau anak-anak jadikan ikutan, malu bila nikmat kaya Allah bagi hanya untuk cara begini.

"Apa nak jadi dengan bangsa kita, agama kita?" tulisnya.

Menerusi kapsyen itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 31, turut memuat naik foto bersama artikel berkaitan usahawan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja-saja... AlHijrah jemput Kak Long 7E untuk beri teguran, tangguh siaran selepas teruk dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: PU Amin tegur lampin dijadikan tudung, Sharifah Sakinah minta PM tepi!

Sebelum ini, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu memuat naik video di Instagram menunjukkan dia menepuk punggung usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, penyanyi Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet dengan tujuan mempromosikan satu program.

"Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang," katanya.

Apa nak jadi dengan bangsa kita, agama kita?

PU AMIN

PENDAKWAH BEBAS

Perkara itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menganggap ia sebagai tidak bermaruah.

"Tiada maruah langsung! Makin lama makin melampau.

Screen Shot 2022-06-15 at 11.01.15 AM

PU Amin kesal tindakan tidak senonoh usahawan kosmetik.

"Semoga dapat hidayah dan sempat bertaubat.

"Makin lama mereka makin menjadi-jadi," ujar netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain