suria

Baju seksi sangat sampai nampak paha, Ara Johari cuba gaya feminin tapi netizen minta kembali imej lama

Gaya Ara ditegur peminat kerana seksi.

GARA-GARA berani mencuba pelbagai gaya baharu, penyanyi Ara Johari dikecam netizen selepas memuat naik foto memakai baju seksi yang memperlihatkan bahagian pahanya.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 25, menjelaskan baju tersebut adalah pilihan seorang perunding gaya yang bertanggungjawab terhadap imejnya.

“Baju tersebut dibawa oleh stylist. Saya hanya mencuba-cuba dengan pelbagai gaya.

ara johari 2

Ara tak sangka penampilannya dikecam lagi.

“Tidak sangka pula gambar tersebut mendapat kecaman,” katanya kepada mStar.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ara dilihat memakai baju yang terbelah di bahagian tepi.

Dalam salah satu gambar yang dimuat naik, kedudukan baju tersebut sedikit terangkat sehingga menampakkan bahagian paha.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari hadkan ruangan komen, elak perbalahan 'mak cik bawang' - “Komen negatif buat saya tertekan”

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari kurung diri dalam rumah, tertekan dituduh ‘kaki mabuk’ - “Rasa macam orang asyik cakap benda itu saja... saya jadi takut”

Meninjau di ruangan komen, beberapa komen menyebut penampilan tersebut terlalu seksi dan meminta penyanyi lagu Bunga ini supaya lebih peka dalam soal aurat.

"Aurat jaga Ara... lebih cantik pakai macam dulu. Suit lengkap seluar panjang.

"Dekat YouTube ada tutorial pakai tudung... kalau terlupa.

"Beraninya kau!” demikian antara komen netizen.

Bila tukar penampilan lebih kewanitaan dikata seksi pula

ARA JOHARI

PENYANYI

Sebelum ini Ara juga pernah dikecam kerana memakai seluar pendek ketika hadir dalam satu acara anugerah pada tahun 2019.

“Kalau bercakap fasal pakaian ini, saya pernah dikecam kerana pakai seluar pendek dalam satu acara sebelum ini. Ketika itu orang cakap nampak macam lelaki.

“Bila tukar penampilan lebih kewanitaan dikata seksi pula,” jelasnya.

ara 3

Ara mohon maaf jika ada yang kurang selesa dengan penampilannya.

Bercakap tentang penampilan yang sering menerima kecaman, Ara memohon maaf jika ia menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah pihak.

“Saya mohon maaf kepada sesiapa yang kurang senang dengan cara pemakaian ini. Saya cuba sebaik mungkin untuk puaskan hati semua orang.

“Saya mohon hanya doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ara Johari, Ara Johari Seksi

Artikel Lain