suria

Tahniah! Elisya Sandha dapat anak perempuan, Sheila Rusly akan jaga semasa pantang

Sheila muat naik foto dia memegang tangan cucu pertamanya.

MENANTU kepada selebriti Sheila Rusly iaitu aktres Elisya Sandha selamat melahirkan bayi perempuan sekitar pukul 8.40 pagi, Sabtu di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sheila, 51, menerusi laman Instagram miliknya dengan luahan rasa kesyukuran.

Menurut Sheila juga, dia dan besannnya yang dikenali sebagai Mama Sandha akan menjaga Elisya sepanjang dalam tempoh berpantang.

ELISYA

Elisya dan suaminya.

"Sentiasa bersyukur... Alhamdulillah. Saya sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Buat masa ini tiada komplikasi.

"Insya-Allah saya akan jaga Elisya dalam pantang dan sambil dibantu oleh besan saya iaitu Mama Sandha," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Elisya Sandha hamil tujuh bulan, kongsi momen suami menangis kegembiraan

Awak akan menjadi seorang bapa sayang, yang terbaik.

ELISYA SANDHA

PELAKON

Terdahulu, Elisya menerusi laman Instagram memuat naik foto suaminya iaitu Uzair Haqimy sedang menunaikan solat dan mengharapkan doa agar proses bersalinnya dipermudahkan.

"Awak akan menjadi seorang bapa sayang, yang terbaik. Minta doakan urusan Elisya dipermudahkan, maaf atas salah dan silap,” tulis.

Manakala, suami Elisya turut menghargai jasa isterinya yang melahirkan cahaya mata mereka.

Elisya

Foto Elisya bersama suami, ibu bapanya dan mentua.

"Dalam banyak jasa I kepada you selama ini, dan selamanya. Tidak akan pernah dapat tandingkan dengan jasa you yang ini sayang.

"Saya sangat mengagumi kekuatan yang awak ada sayang. Awak seorang yang kuat, itu la awak sebagai ibu," kata Uzair.

Untuk rekod, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly pada Ogos tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain