suria

Sangka kurus sebab diet, Remy Ishak ‘terduduk’ dapat berita Adibah Noor meninggal dunia

TERKEJUT dengan pemergian penyanyi Allahyarham Adibah Noor, pelakon Remy Ishak mengakui dia pada mulanya tidak percaya dengan berita tersebut.

Selepas isterinya iaitu Ezza Yusof memaklumkan kepadanya, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak terus terdiam kaku dan hilang kata-kata.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, Allahyarham pernah menghubunginya untuk memberi kata-kata semangat ketika dia berdepan dengan masalah kemurungan yang teruk.

“Hubungan saya dengan kak Dibah mempunyai nilai sentimental. Isteri saya yang beritahu, sebab saya jarang buka laman sosial. Bila dia cakap Adibah meninggal, saya tak terkata.

Remy

Remy hadir di pengebumian Adibah.

"Saya suruh dia periksa lagi, takut berita tak pasti. Bila dia dah sahkan, saya jadi terdiam... lama juga, sebab tak tahu nak buat apa.

"Saya memang rapat juga dengan arwah walaupun orang tak nampak. Masa saya sakit, dia call beri kata semangat. Jadi, saya memang tak terkata,” katanya kepada mStar.

Remy turut membantu proses pengebumian jenazah Adibah yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Onn ralat Adibah Noor jauhkan diri, tak tahu arwah derita kanser... Terkenang sikap pemurah suka belanja makan

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Adibah Noor selamat disemadikan dengan diiringi ratusan rakan dan penggiat seni

Arwah pun tak pernah beritahu apa-apa fasal sakit dia.

REMY ISHAK

PELAKON

Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan difaham sudah lama mengidap kanser ovari.

Menurut Remy lagi, dia menyedari penampilan Adibah yang semakin kurus namun tidak pernah mengetahui penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menderita sakit kanser ovari.

"Saya nampak gambar dia nampak kurus, tapi saya tak tahu sebab ramai orang diet sekarang. Tapi isteri saya cakap, dia kurus yang sakit. Risau juga.

"Arwah pun tak pernah beritahu apa-apa fasal sakit dia. Bila dah meninggal, barulah saya tahu," ujarnya.

Adibah

Lebih 100 orang datang di pengebumian Adibah pada pagi, Ahad.

Sementara itu, pelakon filem Sangkar ini memberitahu dia banyak menerima nasihat daripada Adibah terutama tentang masa depan.

"Terlalu banyak nasihat... saya kenal dia bukan sekadar penghibur tapi sebagai kakak. Dia selalu nasihat dari segi masa depan, jangan bergantung sepenuhnya kepada dunia hiburan.

"Buat sesuatu yang lain, sebab dia lebih berpengalaman dalam dunia hiburan. Banyak nasihat bukan sebagai anak seni, masa saya sakit, dia beritahu apa yang perlu buat.

"Kak Dibah pun melalui fasa itu, jadi dia banyak beri nasihat. Arwah seorang yang penyayang dan sentiasa positif," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain