suria

Tak pernah beraksi babak berat, Fattah Amin puas berlakon dalam filem ‘Mat Kilau’

Fattah pilih watak yang berbeza dan mencabar diri.

MEMENTINGKAN kualiti dalam lakonan, pelakon Fattah Amin mengakui dia kini lebih bersikap memilih dalam menerima tawaran kerja.

Menurut Fattah, 32, dia juga telah menolak banyak tawaran kerana tidak mahu penonton akan merasa bosan apabila melihat dia membawa watak sama dalam drama atau filem.

"Iya, memang saya sedikit memilih dalam menerima tawaran berlakon. Saya lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Banyak juga tolak tawaran berlakon sebelum ini.

Fattah 1

Fattah akui lebih memilih tawaran lakonan.

"Kalau pun satu-satu watak itu mencabar, tetapi saya pernah lakukan, saya tidak akan buat sekali lagi. Saya mahu explore lebih lagi dalam dunia lakonan dan tidak mahu buat perkara yang sama sahaja,” katanya kepada mStar.

Bercakap tentang kepuasan dalam lakonan, kata Fattah filem terbaharu lakonannya berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan benar-benar memberi satu impak dalam kerjaya.

Meluahkan rasa puas berlakon dalam filem arahan Syamsul Yusof itu, Fattah juga percaya penonton akan melihat satu sisi berbeza dalam dirinya sebagai seorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu kerohanian jadi ‘playlist’ Fattah Amin dan Fazura, akui jiwa lebih tenang setiap kali dengar

ARTIKEL BERKAITAN: Takut penonton bosan! Fattah Amin cabar diri bawa watak antagonis... Elak babak keterlaluan, sentuh pelakon wanita

"Watak yang saya bawakan dalam filem Mat Kilau antara yang kuat saya pernah bawakan. Penonton akan tahu mengapa saya katakan begitu selepas mereka menontonnya nanti.

"Saya tidak pernah terlibat dalam penggambaran babak berat sebegitu dan tempoh penggambaran yang panjang. Syamsul sendiri beritahu dia berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Saya mahu explore lebih lagi dalam dunia lakonan dan tidak mahu buat perkara yang sama sahaja

FATTAH AMIN

PELAKON/PENYANYI

"Rasanya segala penat lelah sepanjang berada di lokasi sangat berbaloi. Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fattah baru sahaja melancarkan single berjudul Padamu yang merupakan ciptaan bersama Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.

Tampil dengan lagu berkonsep kerohanian, Fattah tidak mahu peminat membanding imejnya dalam dunia nyanyian sama seperti berlakon kerana mungkin dia mahu menerima banyak cabaran selepas ini.

fattah amin 2

Barisan pelakon utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

"Dalam dunia lakonan, ia adalah satu sisi lain dalam diri Fattah Amin. Sebab itu sentiasa mahu bawakan watak berbeza dan mencabar namun masih menjaga batas.

"Semestinya saya amat menjaga penampilan terutama di sosial media. Rasanya sekarang ini tidak banyak kisah peribadi yang saya kongsi. Lagipun sebagai artis peminat lebih mahukan perkembangan kerjaya," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain