suria

Netizen dakwa Wafariena dah bertunang, siap kongsi video sarung cincin atas pelamin… Ini komen tuan badan!

Video memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin di jari Wafariena menjadi tular.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba tular video mendakwa pelakon Wafariena sengaja berpura-pura masih bujang sedangkan dia sebenarnya merupakan tunangan orang.

Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan berkata rakaman dalam video itu merupakan salah satu babak dalam drama lakonannya.

Kata Wafariena, dia masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki dan tidak bersedia lagi untuk memikirkan mengenai jodoh kerana sibuk dengan karier seni.

"Itu bukan akaun TikTok saya... mungkin peminat yang cipta akaun itu dan kongsi video tersebut. Video bertunang itu sebenarnya dari salah satu babak drama lakonan saya.

Wafariena

Video yang mendakwa Wafariena sudah bertunang.

"Saya belum lagi nak bertunang... calon pun belum ada. Saya sibuk dengan penggambaran, nak cari rezeki untuk keluarga. Jadi, tak ada masa nak fikir soal itu lagi.

"InsyaAllah kalau betul saya nak bertunang, merisik ke, atau berkahwin, mesti saya akan kongsikan dengan semua orang," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, video memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin di jari Wafariena yang duduk di atas pelamin tular di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena geram dituduh minah rempit, perampas... tiada hubungan istimewa dengan Syazuwan Hassan

Saya tak kisah pun peminat nak buat akaun palsu.

WAFARIENA

PELAKON

Biarpun rata-rata netizen mengetahui rakaman itu hanya babak dalam drama namun masih ada segelintir mereka yang mempercayai ia merupakan majlis pertunangan Wafariena.

"Disebalik pura-pura single di depan umum, diam-diam bertunang," tulis individu yang menggunakan nama Wafariena untuk akaun TikTok.

Dalam pada itu, Wafariena menyedari kewujudan akaun palsu yang menggunakan namanya dan watak Nurul Ain ketika drama 7 Hari Mencintaiku (7HM) musim ketiga ditayangkan.

Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini mahu membiarkan saja akaun palsu itu selagi tiada perkara mengaibkan dan memfitnah dirinya.

Wafariena

Wafariena tidak kisah peminat buat akaun palsu.

"Sejak drama 7HM musim ketiga ditayangkan, memang saya tahu banyak akaun palsu kongsi video saya di TikTok... ada yang guna nama saya dan nama watak Nurul Ain.

"Saya tak kisah pun peminat nak buat akaun palsu. Asalkan perkongsian mereka itu tidak menimbulkan fitnah atau mengaibkan saya.

"Kebanyakan akaun dicipta peminat itu berkongsi video menarik... rajin pula mereka edit. Saya sendiri pun kadang-kadang tak ada masa nak edit video macam itu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain