suria

Dua konsert Search berjaya, Afjets tuntut saman RM500,000 dibayar

Kejayaan Search dalam konsert bersama vokalis Denden.

SELEPAS lebih lima tahun berlarutan, saman sejumlah RM500,000 terhadap kumpulan Search yang dituntut oleh sebuah syarikat penganjur konsert iaitu Afjets Sdn Bhd masih belum diselesaikan.

Susulan kes tersebut, pihak Afjets bakal mengambil tindakan untuk mengarahkan peguam mereka bagi melaksanakan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Ogos 2017 agar tuntutan tersbeut dilaksanakan.

Memandangkan kejayaan dua konsert Search baru-baru ini iaitu Search Endemik dan Rocking on the Rooftop, Afjets beranggapan pihak pengurusan kumpulan legenda rock ini sepatutnya sudah mampu untuk membayar tunggakan saman mereka.

search 3

Barisan anggota Search baharu seleps Amy umum keluar.

Menurut ketua pegawai eksekutif Afjets iaitu Amrul Nizar Anuar, dalam tempoh lima tahun selepas mahkamah membuat keputusan itu, Search hanya berjanji mahu membuat pembayaran.

Namun sehingga kini kumpulan itu tidak pernah dilihat berusaha melakukan sebarang inisiatif bertindak sedemikian.

"Sebelum ini tak mungkin saya nak tuntut bayar jika mereka tidak mampu. Bagaimanapun saya lihat sekarang ini mereka sudah mampu.

"Kid dan Din ada katakan untuk bayar sebelum ini namun sehingga kini seakan-akan tiada inisiatif yang diambil. Saya sudah bagi tempoh masa lima tahun untuk membuat pembayaran," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Terkejut Disaman, Search Akan Pertahankan Diri

ARTIKEL BERKAITAN: 3,000 peminat ‘enjoy’ dalam hujan, konsert Search meriah tanpa Amy

Amrul memberitahu dia sedia berbincang dengan Search tentang perancangan bayaran tuntutan tersebut dan sedia juga sedia menganjurkan konsert sekali lagi jika ia boleh menyelesaikan kemelut yang melanda.

Dalam masa sama, Amrul juga berharap agar Search yang berpecah sejak Mac 2020 dapat bersatu kembali dan memudahkan urusan pembayaran tuntutan berkenaan.

"Saya bukanlah kejam sangat hendak menuntut bayaran secara penuh. Search juga adalah salah satu kumpulan yang saya minat cuma apabila proses audit dilakukan oleh syarikat saya, tuntutan saman tersebut masih belum diselesaikan.

Saya juga masih sanggup kalau mahu mengadakan konsert bersama

AMRUL NIZAR ANUAR

CEO AFJETS SDN BHD

"Saya sedia berjumpa dengan mereka semua dan berbincang tentang perancangan untuk membayar. Saya juga masih sanggup kalau mahu mengadakan konsert bersama.

"Dalam masa sama, saya harap mereka kembali bersatu supaya jadi ‘satu kepala’ dan urusan ini lebih mudah," ujarnya.

Dalam masa sama, Afjets juga terkejut dengan pengumuman Search bersama vokalis baharu yang bakal menganjurkan siri konsert jelajah di Malaysia, Singapura dan Indonesia bermula Ogos ini hingga Mac 2023 sedangkan kes saman masih belum selesai.

amrul 2

Amrul (gambar kanan), tuntut Search buat bayaran hutang.

Saman sebelum ini dikeluarkan kepada tiga anggota Search iaitu Nasir, Din dan Kid berikutan pembatalan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya diadakan pada 2016.

Bagaimanapun tiada sebarang tindakan saman dikenakan terhadap vokalis Search ketika itu iaitu Amy kerana dia berdepan dengan situasi muflis.

Selepas mengumumkan keluar dari kumpulan asal, Amy menubuhkan Search baharu yang dibarisi oleh Hillary Ang (gitaris), Man Kidal (gitaris) dan Nasir Daud (bes).

Sementara itu, Din bersama seorang lagi gitaris iaitu Kid meneruskan legasi Search dibarisi oleh Yan (bes) dan Minn (dram) serta vokalis baharu dari Indonesia iaitu Denden Gonjalez.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain