suria

“Saya bukannya orang yang sabar seperti Adibah” – Kematian Adibah Noor buat Ustaz Kazim rasa malu

Kematian Adibah jadi pengajaran buat Kazim.

KEMATIAN Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu memberi kesan kepada ramai orang terutama teman-teman rapat yang sudah lama mengetahui sakit dihidapinya.

Ramai terkejut, kerana selama ini tidak ramai tahu dia sebenarnya menghidap kanser ovari, termasuklah ahli keluarganya sendiri.

Namun, sudah tertulis akan suratan takdir untuk dia meninggalkan dunia sebuah pentas ujian ini bagi menemui maha pencipta, Allah SWT pada Sabtu lalu.

adibah noor 1

Ramai yang hadir ketika pengkebumian Adibah.

Percaya atau tidak, ramai orang sayang Adibah.

Saat kematiannya sehinggalah jenazah dibawa ke tanah perkuburan, beliau diiringi ratusan rakan taulan.

Malah, kematian yang antara sebab berpunca daripada kanser ovari dirahsiakannya selama ini turut menyentuh hati pendakwah selebriti Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.

Sifat Adibah, 52, yang merahsiakan sakitnya itu menyebabkan Ustaz Kazim berasa malu atas kesabaran artis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak tahu Adibah Noor hidap kanser, pergi ziarah hospital ketika sakit tapi tutup mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Kazim Elias kongsi derita disihir, mandi keluar jarum... Reda jika sakit misteri ragut nyawa, mahu mati dalam dakwah

“Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia.

“Rasa satu tamparan buat saya. Saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun (orang tahu) arwah minta supaya tidak ceritakan kepada orang lain.

“Berbeza dengan saya... satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini,” kata beliau dalam satu sesi perkongsian di laman sosial.

Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?

DATUK MOHD KAZIM ELIAS

PENDAKWAH SELEBRITI

Kazim melihat tindakan arwah Adibah merahsiakan tentang sakitnya itu sebagai satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih bersikap sabar, sesuatu perkara yang dituntut dalam Islam.

Dalam masa sama, Kazim juga mengulas sakit yang dialaminya selama ini sebagai satu ujian buat dirinya apabila ia menjadi bualan ramai.

“Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?

kazim elias 1

Kazim menunjukkan bahagian luka yang dialami akibat sakit misteri.

“Saya tak mahu cerita sakit saya menjadi viral, tetapi apa boleh buat. Tidak salah untuk memberitahu tentang sakit yang dialami kepada teman rapat dan orang yang boleh membantu. Ini satu ujian buat saya,” ujarnya.

Ustaz Kazim sebelum ini pernah berkongsi cerita beliau mengalami sakit misteri sejak 1997 dan tidak pernah mengetahui puncanya meskipun sudah mendapat pelbagai jenis rawatan.

Akibat perbuatan sihir itu, Kazim sering mengalami luka-luka pada beberapa bahagian tubuhnya seperti muka dan kaki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain