suria

[VIDEO] Bukan senang jadi Siti Nurhaliza, akui kasihan tengok anak-anak dah tidur ketika balik kerja

BERGELAR seorang penyanyi terkenal, usahawan, isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk menguruskan semuanya dengan baik.

Menurut Siti, 43, ada ketika dia sendiri berasa penat namun cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa bersikap positif.

"Tugas sebagai ibu dan bekerja di luar kedua-duanya susah. Saya tidak mahu buat diri tertekan dan hanya follow the flow sahaja. Saya cuba buat semua dengan semampunya.

siti 1

Siti bersama suami dan dua anak mereka.

“Bukan senang dan ada ketika saya sendiri rasa penat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan itu. namun saya tidak mahu jadikan alasan untuk breakdown. Hanya berfikirkan positif dan syukur ahli keluarga cukup memahami,” katanya kepada mStar.

Siti juga bersyukur kerana ada insan-insan penting di belakangnya yang sentiasa membantu dan memberi sokong dalam menguruskan kerja-kerja di rumah selain tugasan sebagai seorang anak seni dan juga usahawan.

Dalam pada itu, suaminya iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa juga meminta pihak pengurusan mengaturkan jadual kerja dan masa untuk bersama keluarga di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah dah sekolah! Siti Nurhaliza sebak, hampir menangis hantar anak masuk tadika

ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun dalam industri seni, Siti Nurhaliza akui bukan lagi masa bersaing dengan penyanyi baharu

“Saya bukan ibu yang sempurna. Ada kekurangan dan masih banyak yang perlu dipelajari. Saya lega ada orang-orang di belakang yang memberi sokongan. Dalam kesibukan kerja sistem sokongan itu amat penting.

“Ada ketika apabila pulang lewat dan anak-anak sudah tidur saya mula rasa kasihan melihat mereka. Anak kedua juga sudah pandai merajuk.

“Saya fikir ini adalah tanggungjawab dan cuba bahagikan masa sebaik mungkin. Suami juga sudah beritahu kepada pengurusan kerjaya seni supaya tidak menyusun jadual saya terlalu padat. Sekurang-kurangnya ada tiga hari dalam seminggu berehat dan luangkan masa bersama keluarga di rumah,” ujarnya.

Bukan senang dan ada ketika saya sendiri rasa penat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan itu

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia setahun.

Siti ditemui ketika sidang media Queen Of The Night Datuk Seri Siti Nurhaliza berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Persembahan istemewa Siti itu pula bakal berlangsung pada 6 Ogos bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

siti 2

Bersama penganjur dan penaja Queen of the Night Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya juga terkejut apabila diberitahu semua meja telah terjual. Ada pihak yang membeli semua meja untuk membawa ibu tunggal dan anak yatim dari golongan B40 untuk menyaksikan persembahan saya malam itu nanti.

“Saya anggap ini adalah satu hadiah buat golongan tersebut yang tidak dapat pergi ke konsert saya sebelum ini atau hanya melihat persembahan di kaca televisyen. Ini adalah kesempatan buat mereka,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain