PERKONGSIAN Kak KM menerusi sebuah video kali ini menerima pujian netizen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya iaitu aktres Normah Damanhuri. Menerusi perkongsian itu, Kak KM atau Liana Rosli menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda kepada ibunya yang dibayar secara tunai dengan harga lebih RM100,000. Normah yang pada mulanya mengadu wang simpanannya tidak mencukupi menangis apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya. "Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis. View this post on Instagram A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) "Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak," kata Kak KM. Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM beli rumah banglo RM5 juta, syukur akhirnya doa dimakbulkan... Minta netizen sibuk kecam tutup IG ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu aksi tepuk punggung salah! Kak KM minta maaf selepas dipanggil SKMM, janji tak buat lagi Bersyukur sangat, mak tak sangka... mak ingat nak beli sendiri saja. NORMAH DAMANHURI PELAKON Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan. Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman. "Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia... dia ratukan mak dia. "Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak... semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu. Kak KM sentiasa dahulukan ibunya. "Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM," komen beberapa netizen. Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya. "Bersyukur sangat, mak tak sangka... mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini. "Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI