PENYANYI dan pelakon Erra Fazira tumpang gembira apabila mengetahui bekas kekasihnya iaitu Shahir Zawawi bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Erra, 48, dia ada menghubungi Shahir bagi bertanyakan khabar dan ura-ura bakal berkahwin sebelum perkara itu diketahui oleh media. "Saya ada menghubunginya selepas mendengar khabar dia nak kahwin, sebelum media tahu saya dah tanya dia dulu. Selepas itu dia cerita dan kemudian barulah media tahu. Erra gembira Shahir dah jumpa jodoh. "Saya mengucapkan tahniah kepadanya. Dia pun dah bersedia sangat. Saya doakan semoga ini perkahwinan pertama dan terakhir buatnya. "Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan... sesiapa pun saya berkawan tapi tidak berjodoh, kami tak bermusuh," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Shahir Zawawi bakal tamat zaman bujang selepas 2 bulan kenal calon isteri... Rancang kahwin dalam masa terdekat ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira didakwa isteri kedua ahli politik, peminat ucap tahniah - “Pandai pilih tarikh nikah betul-betul tragedi Oktober” Erra ditemui semasa pelancaran Showcase Awie Romantika yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis. Showcase istimewa itu bakal berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos ini. Mencari jodoh tu bukannya mudah dan tanya diri sendiri perlukah cari jodoh? ERRA FAZIRA PELAKON Pada 6 Jun lalu, Shahir Zawawi berkongsi berita gembira dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang baru dikenali sejak dua bulan lalu. Menurut Shahir, 34, perancangan untuk berkahwin adalah suatu yang tidak dijangka dan dia selesa memilih wanita tersebut sebagai calon isteri walaupun tempoh perkenalan mereka agak singkat. Erra menyertai Showcase Awie Romantika. Ditanya mengenai jodoh, Erra berkata dia kini masih dalam fasa memilih dan mencari calon yang tepat buat dirinya. "Mencari jodoh tu bukannya mudah dan tanya diri sendiri perlukah cari jodoh?. "Kalau berjodoh buat diri tak tenang what the point? Dalam keadaan sekarang saya lebih tenang sebab dapat fokus pada kerja. "Status sekarang sedang semak borang (memilih orang yang sesuai). Saya hanya minta orang doakan siapa pun jodoh saya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI