suria

[VIDEO] Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun... Risau kesihatan mental terjejas

TETAP dengan pendirian, selebriti terkenal Noor Neelofa menganggap mana-mana pihak yang mengkritik tindakannya menutup wajah anak seperti tidak mempercayai kewujudan penyakit ain.

Neelofa, 33, menjelaskan dia dan suaminya iaitu pendakwah Haris Ismail atau PU Riz tetap mahu mengutamakan kesihatan anak mereka, Muhammad Bilal biarpun dikecam netizen.

"Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan 'ain' la. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

"Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi perkara itu mungkin boleh melangkaui takdir.

Neelofa

Neelofa dan PU Riz masih tidak tunjuk wajah penuh anak mereka.

"Saya tetap akan buat (tutup wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak," kata Neelofa kepada mStar.

Bekas pengacara program MeleTOP itu ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa rancang pindah ke Mesir, ikut suami sambung belajar... Mahu besarkan Bilal di tanah Arab

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] PU Riz beri ‘green light’ Neelofa kembali aktif bidang seni, percaya isteri bawa imej baik taat perintah Allah

Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

NEELOFA

SELEBRITI

Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit 'ain (gangguan yang disebabkan pandangan).

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia juga mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila tiba masa yang sesuai.

"Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

"Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya," ujarnya.

Neelofa

Neelofa akan kongsi gambar anak bila waktu sesuai.

Meski ada yang mengencam pendirian tersebut, terdapat segelintir yang menyokong apa yang dilakukan usahawan itu.

"Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

"Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti kasihan pada mereka juga," katanya lagi

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak pertama iaitu Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain