suria

Kemalangan ketika berbasikal, Ronnie Hussein terima 6 jahitan di dahi

Ronnie menerima enam jahitan selepas terlibat dalam kemalangan basikal malam Selasa.

BEKAS vokalis kumpulan Hyper Act, Ronnie Hussein terpaksa menerima enam jahitan di bahagian dahi dan pipi kanannya selepas terjatuh daripada basikal yang ditunggangnya pada malam Selasa.

Ronnie memberitahu kemalangan itu berlaku akibat dia tidak dapat mengawal badannya ketika menunggang basikalnya sebelum terjatuh di jalan raya dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian dahi dan pipi.

Menerusi perkongsian di Intagramnya, Ronnie berkata seluar dan baju lengan panjang telah membantunya daripada mengalami kecederaan lebih serius.

Ronnie

Keadaan luka pada bahagian muka dan lutut Ronnie.

"Alhamdulillah tidak ada yang serius, tiada patah. Cuma dahi dan pipi sahaja yang koyak sikit... kena enam jatihan di bahagian dahi.

"Seluar dan baju lengan panjang sangat membantu mengurangkan kecederaan serius," tulisnya.

Terdahulu, Ronnie turut berkongsi beberapa foto dirinya selepas terjatuh daripada basikal dan memperlihatkan wajahnya berlumuran darah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang ramai kerumun, rupa-rupanya Nazril terbaring kesakitan” - Suami Sazzy kemalangan tak patahkan semangat Yasmin Hani berbasikal

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terlibat kemalangan, kereta berpusing 3 kali sebelum terbabas... Tiba-tiba terbayang arwah Achik Spin

Bagaimanapun, kehadiran rakan-rakan di lokasi segera membantu dan membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Ronnie menerusi kemas kini di Instagram Story memaklumkan matanya menjadi bengkak namun keadaannya tidak membimbangkan.

"Mata bengkak sikit pagi ini. Sekarang nak buka balutan untuk dibersihkan. Doakan yang terbaik guys... enam jahitan eh," ujarnya.

Rakan-rakan selebriti dan peminat dilihat turut mendoakan kesihatan buat Ronnie yang dilihat terkejut dengan perkongsian penyanyi itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain