suria

[VIDEO] Sudah terlambat, kelam kabut punca pegang tangan... MK K-Clique tiada niat pamer kemesraan secara terbuka

SELEPAS lama mendiamkan diri, penyanyi MK K-Clique akhirnya tampil menjawab mengenai video tular memperlihatkan dia sedang berpimpinan tangan dengan wanita dikenali sebagai Hajar Siti pada Mei lalu.

Tiada sebarang niat menayang kemesraan secara terbuka, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, menjelaskan ketika kejadian merka sedang mengejar masa kerana sudah terlambat menghadiri jemputan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

"Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah pihak salah faham. Tetapi ketika itu, dalam keadaan yang huru-hara, kelam kabut, kami dah terlambat.

"Kami nak cepat... Benda itu (berpegang tangan) berlaku secaara automatik. Depan saya ada kakak, tepi adik-beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra," katanya kepada mStar.

MK berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai patah hati MK pimpin tangan kekasih... Netizen siasat identiti Hajar Siti, dakwa anak orang ternama dari Pahang

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique buat ‘research’ setiap kali dapat tawaran berlakon, tak melenting dikritik ‘kayu’

Sebelum ini, ramai peminat patah hati apabila melihat beberapa gambar MK dengan wanita itu yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi itu sekitar April lalu.

MK K-Clique

Foto yang dimuat naik MK K-Clique pada April lalu.

Ramai membuat spekulasi Hajar Siti adalah teman wanitanya apatah lagi MK menulis kapsyen menggunakan panggilan 'Sayang' pada foto yang dimuat naik.

Tidak cukup dengan itu, penularan video MK dan wanita itu memakai pakaian sedondon sambil berpegangan tangan turut menambah 'luka' dalam kalangan peminat.

Sementara itu, diusik mengenai soal perkahwinan, pelakon drama The Hotel itu memberitahu akan berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila sampai waktunya.

"Tidak, saya tak akan diam-diam (berkahwin). Benda ini kena diwar-warkan. Insya-Allah, jika dah sampai masa, saya akan kongsi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain