suria

Pernah dilamar Audi Mok rakam lagu, Hun Haqeem tangguh niat bergelar penyanyi kerana sikap pemalu

Hun masih ada rasa malu nak bergelar penyanyi.

SIAPA sangka, selain berlakon, Hun Haqeem juga mempunyai bakal sebagai seorang penyanyi dan sentiasa menyimpan hasrat untuk melancarkan lagu sendiri.

Pernah dilamar untuk merakamkan lagu, Hun, 24, impian itu terpaksa dilupakan kerana sifat pemalu dalam dirinya untuk tampil sebagai penyanyi cukup menebal.

Bagaimanapun, dia tidak mahu impian tersebut terkubur begitu sahaja malah sudah pun menyiapkan demo lagunya sendiri.

hun 2

Hun masih sedia dikecam kalau peminat tegur soal nyanyian.

“Saya sentiasa ada niat dan perancangan untuk mulakan kerjaya nyanyian, tetapi masih ada rasa malu-malu kucing. Sejak kecil saya dibesarkan dalam kalangan keluarga yang sukakan muzik.

“Ada komposer pernah lamar saya seperti Audi Mok dan saya juga ada cipta lagu sendiri. Mungkin tahun depan akan lancarkan single pertama.

“Untuk lagu pertama ini mungkin saya anggap sebagai hobi sahaja. Kalau ia dapat sambutan hangat mungkin saya akan lebih serius sebagai penyanyi,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem anggap ada hikmah arahan 'Stay At Home' - “Saya dapat berehat sembuhkan kaki”

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan ‘Kampung People’, ramai peminat nak ‘try’ Hun Haqeem - “Saya suka wanita sempoi dan kasar, bersedia kahwin muda"

Seperti mana memulakan kerjaya seni dahulu, Hun akui gementar menerima reaksi peminat selepas dia melancarkan lagu itu nanti.

Sedia menerima kecaman, Hun dalam masa sama akan berusaha memperbaiki teknik nyanyian dengan mengikuti kelas vokal sebelum lagu itu dilancarkan.

“Tidak kisah dengan kecaman. Saya buat apa yang saya suka. Lagu itu sekadar berkongsi dengan peminat dan saya tak pernah letakkan diri sebagai seorang penyanyi berkredibiliti.

Untuk lagu pertama ini mungkin saya anggap sebagai mahu lepaskan hobi sahaja

HUN HAQEEM

PELAKON

“Kalau orang suka saya amatlah bersyukur, tetapi jika tidak saya akan cuba perbaiki. Kalau nak jadi penyanyi kenalah usaha keras sikit seperti mengikuti kelas vokal,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Hun tampil dalam drama Hantu Raya Pergi Perang menerusi aplikasi Sooka.

Dia juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan dan pernah bekerjasama dengan Kamal Adli menghasilkan drama Sihir.

hun 3

Penampilan Hun berbeza dalam drama Hantu Raya Pergi Perang.

“Saya diberi peluang untuk menjadi pengarah bersama dalam drama Sihir sekitar November tahun lalu. Ia terjadi tanpa dirancang.

“Saya sangat bertuah kerana dapat rasa pengalaman itu dalam usia muda,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain