SELEPAS dua hari mengumumkan sudah bercerai dengan isterinya, penyanyi Tegar Septian sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital. Bagi menampung kos perubatan, Tegar memberitahu dia merancang untuk menjual akaun atau ID permainan atas talian, Mobile Legend miliknya. Tegar dan isteri cerai selepas dua tahun berkahwin. "Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit. Minta doakan semoga nenek cepat sembuh," katanya dalam perkongsian di Instastory. Tegar, 22, sebelum ini mendedahkan dia dan isterinya iaitu Sarah Sheilka sudah bercerai disebabkan masalah perhubungan yang sudah lama ditanggung. Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan tetap. ARTIKEL BERKAITAN: Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga Bukan itu sahaja, Sarah juga pernah mendedahkan tindakan bekas suaminya meminjam duit dari rakan-rakan terdekat dengan alasan kesempitan hidup. Sarah bagaimanapun mendakwa mereka melalui kehidupan seperti biasa dan tiada masalah kewangan. Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit TEGAR SEPTIAN PENYANYI Kemelut rumah tangga itu menyebabkan bekas peserta program Big Stage 2022 ini tertekan hingga menyebabkan fizikalnya semakin kurus. Untuk rekod, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI