suria

Sepupu penunggang motosikal biadab tampil mohon maaf... Nazrief Nazri kata ‘not my level’ nak bergaduh di IG

Nazrief padam semula video yang dimuat naik di Instagram.

SUSULAN video dikejar dan diserang oleh seorang penunggang motorsikal pada Isnin lalu, pelakon Nazrief Nazri menerima satu mesej dari seorang individu memohon maaf berhubung kejadian tersebut.

Individu berkenaan mendakwa dirinya adalah sepupu kepada pasangan dalam video tersebut menyatakan hasrat untuk membayar sebarang kerugian yang dialami oleh Nazrief.

"Saya mohon maaf atas sikap mereka terhadap tuan. Boleh padam ke post itu? Ada apa-apa kerugian ke atas kenderaan tuan saya boleh ganti.

nazrief 2

Nazrief berdepan dengan situasi cemas apabila dikejar oleh penunggang motorsikal.

"Saya tengok sendiri, rasa malu betul dengan tuan," jelas individu tersebut.

Menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka, Nazrief bersetuju memadam video berkenaan dan memaklumkan kereta yang dipandunya tidak mengalami sebarang kerosakan.

Dalam masa sama, Nazrief turut memberitahu penunggang motorsikal yang dikatakan berlagak samseng itu berterusan memuat naik beberapa perkongsian di laman Instagram berhubung insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikejar penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah, Nazrief Nazri mohon maaf kerana enggan keruhkan keadaan

"Saya padam bukan sebab saya salah, tetapi kerana ahli keluarga samseng itu minta maaf secara elok.

"Si pelaku terus update IG Story buat cerita hendak tegakkan benang yang basah. Lantak kau lah... not my level," jelasnya.

Dalam satu kejadian pada petang Isnin, seorang penunggang motorsikal mengejar kereta yang dinaiki oleh Nazrief bersama isteri dan anaknya selepas pelakon itu membunyikan hon meminta dia meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Lantak kau lah... not my level

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum mengetuk cermin kereta Nazrief di satu lagi lampu isyarat berbeza.

Insiden tersebut dirakam oleh isteri Nazrief kerana bimbang akan keselamatan anak mereka yang berada di tempat duduk belakang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain