MESKIPUN insiden diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu meninggalkan kesan trauma Lufya Omar namun pelakon itu tetap merasai hikmahnya. Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebabkan kejadian itu hubungan dengan bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kembali jernih sejak bercerai dua tahun lalu. Paling penting katanya, hubungan Dr Che Hafiz dengan anak mereka juga semakin rapat memandangkan jarang bertemu sebelum ini. "Bagi saya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hubungan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat. Sebelum ini, dia jarang datang berjumpa anak. Antara kecederaan yang dialami Lufya. "Semalam dia ada juga datang meluangkan masa bersama Haura. Bila tengok anak merengek-rengek tidak mahu bagi bapanya balik, dia pun faham yang anak perlukan dia. "Masa anak cakap ‘daddy tak ingat Haura, daddy tak sayang Haura, daddy sayang Haura masih kecil saja’, terus dia menangis," katanya kepada mStar. Dalam insiden mencemaskan itu, Lufya telah dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya. Susulan itu, Lufya sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Dipukul dengan kayu sehingga cedera, Lufya berdepan situasi cemas diserang lelaki tidak kenali cuba culik anaknya ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari anak minta ‘papa baru’ tapi Lufya belum terbuka hati cari pengganti... Selesa hidup tanpa suami Hubungan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat. LUFYA OMAR PELAKON Berkongsi tentang keadaannya, Lufya berkata, meskipun masih berasa trauma dia tetap menguatkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian termasuk kembali bekerja untuk melupakan insiden itu. Bagaimanapun, dia tidak menyangka terkena serangan panik dan hampir pitam ketika menghadiri acara pembukaan kedai barangan bayi di Johor Bahru, baru-baru ini dan merasakan perlu lebih waktu untuk pulih daripada kejadian itu. "Masa dalam tempoh nak pulih, saya ada menghadiri sebuah acara pembukaan Chicco di Johor Bahru dan waktu itu saya mengalami serangan panik secara tiba-tiba. "Saya rasa nak muntah, badan berpeluh-peluh dan rasa nak pitam. Tapi saya terpaksa tahan sebab melibatkan kerja kerana tidak mahu timbulkan masalah lain. Sebab itu, saya gagahkan diri. Hubungan Dr Hafiz dan anak semakin rapat. "Ingatkan tiada sebarang masalah, tapi rupa-rupanya diri saya belum pulih sepenuhnya daripada kejadian itu. "Mungkin akan ambil masa untuk saya pulih dari segi mental. Saya baru sedar, saya macam ada rasa trauma dan panik apabila jumpa orang ramai," katanya. Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI