PELAWAK Shuk Sahar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik video berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam di laman sosial Tiktok miliknya pada pagi Jumaat. Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak. "Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya," tulis Shuk pada kapsyen video tersebut. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya, Rossa gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respon terhadap mesej yang dihantar. Shuk bersama seorang lelaki yang dipercayai peguamnya. Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku. "Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Hanya berhubung soal anak-anak, Rossa Sera sudah letak noktah hubungan dengan Shuk Sahar ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah sebab mahu selesai secara baik Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya. SHUK SAHAR PELAWAK "Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik. "Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan," komen beberapa netizen. Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. "Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. Sera menganggap dirinya tidak dapat bahagiakan Shuk. "Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja. "Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia," katanya. Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI @shuksahar #akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya ♬ original sound - shuksahar