suria

Korban masa demi perniagaan di tanah kelahiran, Tya Ariffin sanggup ulang alik Malaysia ke Indonesia

Tya dan suami terpaksa korban masa dengan anak-anak demi kembangkan perniagaan di Indonesia.

DEMI menjayakan hasrat mengembangkan perniagaan di tanah air sendiri, pelakon Tya Ariffin sanggup berulang alik dari Malaysia ke Indonesia.

Tya, 28, atau nama Nurtria Wulandari berkata, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.

"Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu.

“Inilah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan. Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban.

Inilah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.

TYA ARIFFIN

PELAKON

"Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya.

“Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya. Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu mantapkan ilmu agama... Asyraf Khalid teruja jumpa Habib Ali, pasang impian jadi anak murid

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan dua menantu TokTi dalam drama ‘Bagaikan Raya’, Tya Ariffin akui gementar berlakon dengan Izara Aishah

Tya Ariffin

Tya bersama suaminya di Indonesia bagi perbincangan perniagaan di sana.

Menurut Tya juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri.

"Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara di sini, diakui proses dan laluan tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh.

“Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT. Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh.

“Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti," katanya.

Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5 dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain