PEREKA fesyen terkenal, Rizman Ruzaini menjawab desas-desus kononnya hubungan baik mereka dengan pelakon Fazura kini bermasalah dan tidak lagi seperti dahulu. Menafikan sebarang persengketaan berlaku, kata Rizman komitmen kerja membuat mereka sudah jarang meluangkan masa bersama. “Dahulu kami belum berkahwin dan tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi memang selalu luangkan masa bersama. Sekarang ini semua sudah berkeluarga dan komitmen kami sangat sibuk dengan kerja. Rizman (kanan) dan Ruzaini kini lebif fokus kepada keluarga dan perniagaan. “Memang tiada ada masalah antara kami. Tiada istilah bergaduh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa,” katanya kepada mStar. Rizman dan rakannya Ruzaini ditemui ketika majlis ulang tahun pertama Mono Scarves yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu. Menerusi beberapa portal gosip sebelum ini, netizen mendakwa persahabatan antara Fazura, Rizman dan Ruzaini semakin renggang kerana dilihat meluangkan masa bersama seperti kebiasaan sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Ada peminat mula berhijab kerana tudung Fazura, seronok dapat sokong ke arah kebaikan ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia kejayaan Rizman Ruzaini terbongkar... yakin zakat mampu kikis rasa cintakan harta dunia, elak jadi bakhil Melihatkan perkembangan Fazura yang kini semakin maju dalam perniagaan, kata Rizman dia dan rakannya Ruzaini amat gembira dengan usaha dilakukan pelakon tersebut dan sentiasa mendoakan kejayaannya. Dalam masa sama, Rizman juga enggan ambil serius dengan komen-komen netizen yang bercakap perkara tidak benar tentang hubungan mereka. “Fazura kini telah kembangkan sayap sebagai seorang usahawan. Kami gembira melihat kejayaannya dan sentiasa mendoakan dari jauh. Tiada istilah bergaduh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa RIZMAN PEREKA FESYEN “Memang ada yang katakan hubungan kami tidak baik, tetapi saya jarang baca komen dan tidak ambil peduli dengan hal tersebut. Fokus kami sekarang adalah dalam perniagaan,” ujarnya. Sementara itu bercakap tentang koleksi tudung yang mula dilancarkan sejak tahun lalu, jenama Rizman Ruzaini kini melantik tujuh orang rakan artis sebagai wajah mempromosikan rekaan tersebut. Mensasarkan nilai jualan RM10 juta setiap bulan, kerjasama dengan nama-nama popular seperti Ziana Zain, Izara Aishah, Amyra Rosli, Aina Abdul, Kilafairy dan Hawa Rizwana adalah satu langkah terbaik untuk mencapai kelompok peminat berbeza. Antara selebriti yang menjadi wajah Mono Scarves Rizman Ruzaini. “Kami selesa bekerjasama dengan selebriti kerana mereka memberi impak baik terhadap jenama Rizman Ruzaini. Pemilihan mereka sangat tepat untuk mewakili jenama kami supaya kekal relevan dalam industri fesyen. “Setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat berbeza. Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama ini sampai diterima setiap golongan,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI