BIMBANG keadaan ibu bapa di kampung, penyanyi Black mengakui tidak senang duduk apabila mengetahui berlaku hujan lebat dan kenaikan paras air di beberapa kawasan di Baling, Kedah pada petang Isnin. Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 35, setiap 10 minit akan membuat panggilan telefon untuk mengetahui perkembangan semasa keluarganya yang menetap di Kampung Hilir, Kupang. "Sebelum ini dimaklumkan air dari Kampung Iboi terus mengalir tanpa henti masuk ke Kampung Gua Reban. Memandang kedudukan Kampung Iboi sedikit di atas bukit, jadi keadaan air mengalir dengan deras dan cepat. Keadaan air yang naik dengan cepat di rumah orang tua Black di Baling, Kedah. "Dianggarkan 300 meter di bahagian belakang rumah ada sungai manakala di bahagian depan dan kiri kanan pula parit yang turut mempunyai aliran air, jadi itu antara yang menyebabkan paras air naik dengan cepat. "Sekitar pukul 11 malam, air di kawasan rumah saya sudah mula dinaiki. Syukur sebelum itu kami sempat mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi. Sekiranya terlambat mungkin akan tenggelam kerana air naik sehingga paras setengah kereta (paras lutut)," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan bodoh sangat... dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” - Black Hanifah bengang dituduh suka meminta ARTIKEL BERKAITAN: Black Hanifah terkejut anak kucing tiba-tiba jatuh dari tingkat 1... Malangnya, tak dapat diselamatkan gara-gara alami gegaran otak Black bagaimanapun berkata dia mula menarik nafas lega apabila dimaklumkan paras air mula surut sekitar pukul 1 pagi. Tengah malam itu keluarga memberitahu, tidak perlu bimbang kerana keadaan terkawal. Ayah juga menasihatkan agar jangan panik kerana semuanya baik-baik saja BLACK PENYANYI "Saya nasihatkan agar mereka alihkan semua barang-barang ke tempat tinggi sebagai persediaan. Kalau boleh jangan tidur kerana takut nanti tidak sedar air naik tiba-tiba. "Sejujurnya malam semalam (Isnin) juga saya memang rancang hendak pulang ke kampung untuk membantu apa yang patut. Orang lain kita boleh tolong, tetapi keluarga sendiri mustahil hendak dibiarkan. "Tengah malam itu keluarga memberitahu, tidak perlu bimbang kerana keadaan terkawal. Ayah juga menasihatkan agar jangan panik kerana semuanya baik-baik saja," tambahnya lagi. Black sekeluarga bersama dengan kedua ibu bapanya di kampung. Dalam pada itu, Black turut meluahkan rasa syukur apabila chalet mereka, D'Sawah Chalet tidak mengalami sebarang kerosakkan. "Tiada sebarang kerugian kerana chalet kami itu dibina pada kedudukan yang agak tinggi. Cuma sekarang ini keadaan di kampung agar terjejas sikit kerana air lumpur, sisa tanah merah dan sampah bersepah di sekitar kawasan," ujarnya yang turut merancang untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI